Jawatan Yang Dipertua Dewan atau Tuan Speaker Dewan kini disandang oleh Y.B. Dato' Teng Chang Kim iaitu ADUN Sungai Pinang.
Maklumat lanjut berkenaan Yang Dipertua Dewan / Speaker
Tuan Speaker adalah Pengawal dan Pentadbir perjalanan Dewan Undangan Negeri semasa bersidang termasuk menetapkan Aturan Urusan Mesyuarat dan masa bersidang. Mengikut tradisi Parlimen dan Peraturan Tetap bagi Dewan Undangan Negeri Selangor yang ada, Tuan Speaker juga adalah Pengerusi beberapa Jawatankuasa Tetap Dewan bagi menjaga kepentingan Dewan. Mengikut kelaziman Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Tuan Speaker tidak mengambil bahagian dalam perbahasan dan hendaklah bersikap adil semasa mengendalikan mesyuarat atau perbahasan.
Tuan Speaker hendaklah dilantik oleh Dewan pada hari mula-mula diadakan Persidangan iaitu selepas Pilihanraya Negeri atau pada bila-bila masa jawatan Speaker itu kosong atas sebab-sebab tertentu. Seseorang yang dipilih menjadi Speaker mestilah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Mana-mana orang yang dipilih menjadi Speaker tetapi bukan Ahli Dewan Undangan Negeri hendaklah dilantik sebagai ADUN tambahan terlebih dahulu dan menandatangani serta mengangkat sumpah di hadapan Dewan
