Statistik Perumahan Negeri Selangor

Perumahan mampu milik merupakan satu topik utama di kalangan rakyat Selangor. Akhir-akhir ini kelihatan tiada lagi projek-projek perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di negeri ini.

Bertanya kepada Y.A.B. Menteri Besar,

a. Berapakah jumlah rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah yang telah dibina oleh anak syarikat kerajaan negeri pada 2010, 2011 dan 2011? Pohon nyatakan juga harga dan lokasi rumah-rumah tersebut.

b. Pohon nyatakan jumlah, harga dan lokasi pembinaan rumah mampu milik yang dibina oleh pemaju perumahan swasta di Selangor pada tahun 2010, 2011 dan 2012.