ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR (GLC)

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y. B. TUAN EDWARD LEE POH LIN (BUKIT GASING)

Bertanya kepada Y. A. B. Tan Seri Dato' Abdul Khalid Bin Ibrahim:-

a) Siapakah yang biasanya menjadi ahli lembaga pengarah anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor daripada EXCO, Ahli Dewan dan Ahli Parlimen? Sila senaraikan nama-nama semua pengarah mengikut anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.

b) Berapakah jumlah elaun serta elaun-elaun lain sekiranya ada bagi sebulan yang diperolehi seorang pengarah sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor? Sila senaraikan elaun pengarah mengikut anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.

c) Adakah jumlah elaun pengarah adalah sama bagi kesemua anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor?