srimuda.blogspot.com

Syndicate content
Admin Sri Mudahttp://www.blogger.com/profile/15811681583491285470noreply@blogger.comBlogger1583125
Updated: 1 day 3 hours ago

YB Shuhaimi Shafiei senyum dengan keputusan mahkamah hari ini

17 May 2013 - 5:48pm




PUTRAJAYA 17 Mei- Perbicaraan kes YB Shuhaimi Shafiei No -09212-09/2011 kes hasutan di Court 3 Level 1 Mahkamah Rayuan Putrajaya berlangsung jam 9 pagi tadi menolak rayuan dan memutuskan sebutan di Mahkamah Sesyen pada 5 Jun 2013 .

Sebelum perbicaraan ADUN Sri Muda bermula , barisan Hakim yang diketuai Datuk Abdul Malek Isyak meminta rehat selama 10 minit.Sewaktu perbicaraan, Peguambela Saudara Edmund Bon memulakan hujah lebih kurang 30 minit kemudian disahut oleh pendakwa Raya Saudara Awang Armadajaya.

Selesai hujah demi hujah disampaikan kepada hakim,lantas sebelum membuat keputusan hakim ingin rehat 10 minit lagi.

Basis dakwaan terhadap ADUN Sri Muda adalah mengikut seksyen 4(1)(c) akta hasutan 1948 manakala peguambela mempertikaikan bahawa Seksyen 4(1)(c) akta hasutan 1948 ini melanggar perlembagaan negara mengikut artikel 10 ( Kebebasan Bersuara)



Justifikasi ini menunjukkan bahawa dakwaan ini menentang Artikel 10 yang tercatat dalam perlembagaan negara.Walau bagaimanapun keputusan hakim jelas maka rayuan ditolak.

Namun barisan panel hakim Datuk Azhar Mohamed dan Datuk Mohd Zawawi Salleh yang diketuai oleh Datuk Abdul Malek Isyak masih bersetuju bahawa Seksyen 4(1)(c) akta hasutan 1948 ini masih relevan

Walaupun tewas 3-0 dalam perbicaraan hari ini YB Shuhaimi Shafiei tetap menghormati keputusan hakim yakni menolak rayuan dan memutuskan sebutan pada 5 Jun 2013 ini.

Selepas Hakim memutuskan keputusan ADUN Sri Muda masih mampu senyum dengan tenang dan menanti tarikh sebutan di Mahkamah Sesyen kelak.

Kes ini belum selesai namun ADUN Sri Muda yakin dengan kebenaran "Berani Kerana Benar" katanya.








Categories: Blog ADUN

Barisan EXCO Selangor Dari DAP

17 May 2013 - 5:09pm




SHAH ALAM - Setelah beberapa ketika menjadi teka-teki, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari DAP akhirnya disahkan untuk menyertai barisan Exco Selangor selepas Pakatan Rakyat (PR) berjaya membentuk semula kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).  

Ean Yong Hian Wah yang dipilih menyertai barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor mahu memastikan masalah air di negeri ini dapat diselesaikan.

Katanya, sasaran pada penggal ini ialah supaya kerajaan negeri dapat mengambil alih industri air daripada Syabas.

"Kita mahu memastikan tarif air tidak dinaikkan sesuka hati," katanya kepada Sinar Harian Online.

Selain Ean, DAP juga meletakkan bekas Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chang Khim untuk memenuhi Kabinet Selangor.

Menurut Setiausaha Agung DAP,  Lim Guan Eng, Teng meminta supaya beliau ditukar daripada jawatan Speaker kepada Exco.

Teng merupakan Adun Sungai Pinang sementara Ean merupakan Adun Seri Kembangan.

Sinar Harian sebelum ini ada menyiarkan sumber mendedahkan Teng dan Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh bakal melengkapkan kuota DAP bagi menggantikan dua bekas Exco dari parti itu, Teresa Kok dan Ronnie Liu.

Nasib Chang Khim dan Hannah lebih baik berbanding kedudukan Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong  yang kini dikatakan seperti telur di hujung tanduk.

Sementara itu, Ean ketika dihubungi memberitahu, beliau belum mengetahui portfolio yang akan dikendalikannya.

Namun berharap, beliau dikekalkan sebagai Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram.

"Ya, ada mengharap," katanya.

Dalam senarai barisan exco sebelum ini, DAP dan Pas mempunyai tiga wakil sementara PKR memiliki empat wakil.

Komposisi barisan exco dijangka mengalami perubahan kerana DAP dan Pas masing-masing memenangi 15 kerusi sementara PKR hanya memperoleh 14 kerusi.


sinarharian
Categories: Blog ADUN

Malang buat Umno Selangor,Tiada Seorang Pun Dalam Kabinet Najib

17 May 2013 - 5:04pm



PETALING JAYA - Malang  datang bertimpa buat Umno Selangor, setelah kalah besar dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, kini tidak ada seorang pun menteri dalam kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak. Pengguguran Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar di luar jangkaan kerana ahli parlimen Tanjong Karang itu merupakan orang kuat Umno di negeri itu yang diharap merampas kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat.
Kabinet Najib itu hanya memilih seorang wakil dari Selangor – Datuk Noriah Kasnon yang diberi jawatan Timbalan Menteri Perusahaan  Peladangan dan Komuniti.Buat kali pertama dalam sejarah, Selangor tidak ada menteri sesuatu yang sukar untuk dipercayai kerana negeri ini begitu ramai melahirkan tokoh Umno, antaranya Datuk Harun Idris yang pernah menjadi Ketua Pemuda Umno yang sangat berpengaruh.
Manakala tokoh-tokoh lain termasuk Datuk Seri Ahmad Razali yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor dan yang terakhir Tan Sri Muhammad Muhd Taib.Dengan perhimpunan agung Umno November ini sengit kerana beberapa jawatan utama parti dijangka dicabar, Najib hanya memilih dua wakil Umno dari Johor, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Hantar isyarat
Najib seolah-olah menghantar isyarat kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa negeri terkuat Umno itu tidak semestinya mendapat ramai menteri. Seperti wujud khabar angin orang Umno negeri itu mahu Muhyiddin bersuara lantang dalam perhimpunan itu seperti yang dilakukan sehingga bersarannya Tun Abdullah Ahmad Badawi ekoran prestasi buruk Barisan Nasional dalam pilihan raya umum tahun 2008.
Prestasi Najib dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu juga buruk kerana hanya menang 133 kerusi parlimen, sekalgus gagal mendapat 2/3 majoriti.Mengejutkan kerana negeri kelahiran Umno itu hanya mempunyai dua menteri iaitu  Muhyiddin  sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi, manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan.Pada kabinet  Abdullah dalam pilihan raya umum tahun 2008, Johor mempunyai enam menteri – Muhyiddin, Hishamuddin, Tan Sri Shahrir Abdul Samad (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan); Tan Sri Syed Hamid Albar (Menteri Dalam Negeri) dan Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri Pelancongan).
Kedudukan Johor dipintas oleh Sabah dan Perak yang masing-masing  mempunyai tiga orang menteri, Datuk Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Sabah) manakala Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari Perak.
Begitupun dua negeri lagi iaitu Melaka dan Pulau Pinang juga mengalami nasib sama seperti Selangor, tidak ada seorang pun wakil rakyat berjawatan menteri.

Melaka paling malang
Namun, Melaka yang paling malang kerana tidak ada menteri dan timbalan yang dilantik menganggotai kebinet baru Najib ini.
Pulau Pinang mempunyai seorang timbalan menteri iaitu Datuk Seri Dr Hilmi Yahya yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.
Bagaimanapun, berdasarkan prestasi `hitam’ Umno negeri dalam pilihan raya umum lalu, keputusan Najib itu dianggap adil dan munasabah.Seolah Umno Pulau Pinang tidak ada lagi tokoh yang berkaliber seperti mereka memiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjadi ancaman terbesar kerajaan.Pada pilihan raya umum tahun 2008,  Pulau Pinang mempunyai seorang menteri kabinet iaitu Datuk Seri Nor Yackob Mohamed, Menteri Jabatan Perdana Menteri.
Perlantikan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan tidak mengejutkan atas kapasitinya menjadi Ketua Pemuda Barisan Nasional dan Umno, namun pengguguran bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor di luar dugaan memandangkan beliau masih sepenggal menjadi anggota kabinet dan usianya masih muda.

Sabah, Perak pintas Johor
Kedudukan Johor dipintas oleh Sabah dan Perak yang masing-masing  mempunyai tiga orang menteri, Datuk Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Sabah) manakala Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari Perak.
Terengganu mempunyai dua menteri iaitu Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri Ahmad Shabbery Cheek; Negeri Sembilan (dua); Pahang (tiga), Negeri Sembilan (dua); Kelantan (satu); Perlis (satu) dan Wilayah Persekutuan (seorang).
Dalam kabinet Najib ini juga dua menteri bolah dianggap sebagai kitar semula. Datuk Seri Tengku Adnan sebelum ini pun pernah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan semasa era Tun Dr Mahathir Mohamad.Semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri, Tengku Adnan merupakan Menteri Pelancongan.
Manakala Idris Jusoh juga selain pernah menjadi Menteri Besar Terengganu (2004 hingga 2008), menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan pada tahun 1999.

KL POST
Categories: Blog ADUN

SPR Wajib Reform

17 May 2013 - 5:00pm


GEORGE TOWN — Pakatan Rakyat (PR) akan terus mendesak kerajaan untuk melakukan reformasi menyeluruh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika Malaysia mahu melihat pilihan raya bersih pada masa akan datang, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.Bercakap dalam satu forum mengenai fakta di belakang kemenangan undi popular PR dalam Pilihan Raya 2013 di sini malam tadi, beliau mengatakan satu-satunya cara adalah dengan terus melawan dan memberikan tekanan supaya SPR benar-benar diubah dan digantikan oleh mereka yang adil dan percaya dengan pilihan raya bersih.“Kita perlukan SPR direformasikan sepenuhnya di mana pengerusi sehingga semua pegawainya digantikan oleh pegawai baru yang dipersetujui oleh PR dan orang awam untuk menjamin mereka tidak berpihak kepada mana-mana parti,” katanya.Menurutnya, hanya selepas SPR direformasikan secara menyeluruh pilihan raya semula akan diadakan bagi membuktikan terdapat kecurangan dan penipuan terutamanya di 30 kerusi marginal.Beliau memberitahu ratusan hadirin di Komtar, PKR telah menyediakan pasukan untuk menyiasat penipuan pilihan raya di beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sebaik sahaja bukti dikumpulkan, petisyen pilihan raya akan difailkan.“Kita diberitahu untuk memfailkan petisyen, ia berkos RM50,000 untuk setiap petisyen bagi setiap kerusi, ini bermakna, 27 kerusi yang kini kami sedang siasat akan menyebabkan kos menghampiri RM1.5 juta jika kita failkan petisyen,” katanya.Beliau mengatakan mengapa parti itu untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan meneliti semua penyelewengan selain daripada mengumpul sumber yang cukup agar dapat memfailkan petisyen.“Kita perlu terus melawan, sama ada di mahkamah, di jalanan atau di Parlimen untuk mendesak perubahan menyeluruh bagi SPR atau Barisan Nasional (BN) akan terus menipu untuk menang,” kata ahli Parlimen Pandan itu.Semasa sesi soal jawab, sesetengah penonton bertanya apa PR boleh lakukan mengenai pertuduhan persempadanan semula yang akan menyebabkan BN terus menang dalam semua pilihan raya akan datang.Ahli strategi pilihan raya DAP Dr Ong Kian Ming, yang juga merupakan ahli panel forum mengatakan satu-satunya cara untuk memperjuangkan reformasi SPR adalah untuk memastikan proses persempadanan semula yang dijangka bermula pada tahun ini akan dilakukan secara adil dan tiada lagi percubaan untuk manipulasi.Terdapat tiga ahli panel bagi forum tersebut Rafizi, Ong dan Dr Dzulkefly Ahmad — sementara Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari bertindak sebagai moderator.Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang turut diundang untuk bersama-sama terlibat tidak hadir sehingga forum berakhir pada pukul 11 malam.
MalaysianInsider
Categories: Blog ADUN

TSKI Setuju dengan ‘National Reconciliation’ Najib

16 May 2013 - 11:43am



KLANG, 14 MEI: Kerajaan Selangor hari ini menyambut baik hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu melaksanakan proses Perdamaian Nasional.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hasrat Najib itu akan teruji apabila Kerajaan Selangor memulakan semula proses penstrukturan industri air dengan kerajaan persekutuan.

“Saya telah menyediakan surat kepada Perdana Menteri tentang perkara ini dan amat berharap beliau akan memberi tindak balas positif sejajar dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

“Selangor memberi komitmen bahawa projek Langat 2 akan dirangkumkan bersama proses penstrukturan semula industri air supaya ia tidak  dikendali secara berasingan,” kata Abdul Khalid.

Beliau bercakap di sidang media selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk satu lagi penggal di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Abdul Khalid juga memberitahu Kerajaan Negeri akan memperhebatkan lagi program-program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) agar lebih ramai rakyat Selangor dapat mendapat manfaat daripada kekayaan negeri.

“Tidak lupa juga kepada semua penjawat awam yang selama ini telah menjalankan tugas dengan professional sehinggakan Pakatan Rakyat berjaya menterjemahkan polisi Merakyatkan Ekonomi Selangor serta Hasil Negeri Untuk Rakyat.

“Saya percaya kerjasama mereka telah membolehkan kita mendapat kejayaan besar pada pilihanraya baru-baru ini,” kata beliau lagi.

Sebelum ini, selepas kemerosotan kerusi parlimen yang dimilik BN dalam Pilihan Raya Umum Ke 13, Najib minggu lalu mengumumkan akan melaksanakan dasar Perdamaian Nasional bagi menarik semula sokongan rakyat terhadap BN.

selangorku
Categories: Blog ADUN

Kuasa Melayu Tidak Akan Hilang

16 May 2013 - 11:01am

SHAH ALAM: Hak keistimewaan orang Melayu dijamin takkan terhapus sampai bila-bila sekalipun DAP menjadi kuasa terbesar memerintah di peringkat Pusat.

Ahli Parlimen DAP-Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, perkara itu dilihat berdasarkan tiga perkara utama.

Pertama, dari segi demografik menunjukkan komposisi masyarakat Melayu adalah majoriti di Malaysia dan semakin berkembang, namun tidak bagi masyarakat Cina yang semakin mengecil.

Keduanya, menurut Zairil hak kaum Melayu dilindungi oleh undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak.

“Selain itu ada kuasa Raja-Raja Melayu yang menjadi pelindung bagi memastikan hak keistimewaan Melayu terus terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menjadi panel forum Wacana Sinar Harian Siri 20: Pasca PRU 13: Ke Mana Haluan Politik Melayu di Kompleks Karangkraf di sini semalam.

Perlu optimis
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menolak dakwaan wujudnya fenomena ‘tsunami’ pengundi masyarakat Cina semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 5 Mei lalu seperti yang digambarkan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, beliau menegaskan BN perlu optimis dan menerima perubahan tersebut, bukannya bersikap tuding jari serta cuba meniupkan api perkauman.

“BN perlu minta maaf atas kesilapan masa lalu dan (berjanji) tidak akan ulangi kesilapan.
“Kemudian baru boleh mulakan kehadapan dengan cara urus tadbir baru, dan perlakuan itu harus bentuknya baru,” katanya.

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu berkata, untuk kekal relevan Umno mesti terus melakukan transformasi bagi menjamin kelangsungan bangsa Melayu.

“Kalau tidak semasa PRU nanti Umno akan kalah lagi teruk,” katanya.

Beliau juga mendakwa trend PRU13 bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana fenomena yang sama berlaku pada setiap kali musim pilihan raya.

Beliau merujuk kepada PRU tahun 1999 apabila berlakunya ‘tsunami’ pengundi Cina dan perkara sama berlaku terhadap pengundi India semasa PRU tahun 2008.

“BN atau mana-mana parti mampu memperbaiki kelemahan maka mereka akan dapat semula undi PRU akan datang.

“Apa yang kekal hanya perubahan harapan rakyat yang mengharapkan perubahan pembangunan serta demokrasi,” katanya.

Beliau turut mencadangkan BN membuka keahlian terus dan tidak lagi keahlian berlandaskan parti.
Katanya, ini perlu memandangkan sekarang berlakunya ‘politik rabun warna’ apabila pengundi tidak lagi melihat pemimpin secara tunggal sebaliknya kekuatan gabungan antara parti.

“Transisinya berlaku kerana bangsa Malaysia sudah rabun warna sebab itu kita lihat orang Melayu bawa bendera DAP,” katanya.

Tsunami nilai
Sementara itu Ahli Parlimen PAS-Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata ini bukan tsunami bangsa.

Sebaliknya ia lebih kepada tsunami nilai yang mana pengundi tidak memilih berdasarkan warna kulit tapi apa wakil mereka akan perjuangkan dalam Parlimen dan DUN.

“Ia termasuk nilai-nilai yang berlaku tidak ditangani oleh wakil rakyat sedia ada, disitulah letaknya kebangkitan,” katanya.

fmt
Categories: Blog ADUN

Pulihkan Profesionalisme PDRM

16 May 2013 - 10:52am
 

PETALING JAYA 15 MEI: Tan Sri Khalid Abu Bakar yang akan dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baru berkuatkuasa Jumaat ini perlu bersikap adil dan bertanggungjawab untuk mengangkat tahap profesionalisme ke tahap lebih baik.

Ini dinyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat tengahari tadi.

“Pakatan berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Khalid bagi mengeratkan lagi hubungan antara polis dan Pakatan dalam usaha untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Ujarnya, Khalid juga perlu bertindak adil terhadap semua pihak agar tidak dinilai rakyat sebagai cenderung untuk menekan pihak lain khususnya pembangkang.

Turut dilantik Datuk Seri Mohd Bakri Zinin sebagai Timbalan KPN.

Khalid, 56, merupakan Timbalan KPN menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang akan tamat tempoh pelantikan secara kontrak esok.

Mohd Bakri, 59, merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli mahu Khalid menjadikan isu perkauman sebagai ujian pertama.

“Konflik ini bermula dengan kenyataan Najib yang menggunakan istilah ‘Tsunami Cina’ selepas PRU 13.

“Akhirnya, masalah ini semakin tidak terkawal seperti mencurah minyak ke dalam api malah cuba menjadikan Pakatan dan bangsa Cina kambing hitam atas kegagalan mereka menguasai majoriti dua pertiga dan merampas Selangor,” ujar Ahli Parlimen Kuala Krai itu.

Dalam isu sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula mengecam akhbar kawalan Umno, Berita Harian kerana memanipulasi kenyataannya dalam sebuah ceramah di Ipoh seolah-olah beliau menggelarkan Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘syaitan’.

“Pengarang akhbar ini kurang ajar, tiada etika kewartawanan dan merosakkan keharmonian rakyat dengan menyiarkan berita fitnah seperti ini.

“Walhal kenyataan saya itu menggunakan analogi yang digunakan Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu ‘Better the devil you know than you don’t', (lebih  baik syaitan yang dikenali berbanding yang tidak dikenali) bukan bermaksud saya panggil Najib sebagai ‘syaitan’,” tempelak Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

kd
Categories: Blog ADUN

Politik Perkauman Yang Jumud

15 May 2013 - 6:08pm




Pengisian sesetengah akhbar Melayu selepas PRU-13 amat mendukacitakan, apakah ia sikap editorial ? atau hanya mainan politik semata ?
Tajuk utama akhbar meniup puing-puing perkauman jumud memberi reaksi buruk pada seantero pelusuk daerah.Pihak yang bertanggungjawab memulakan kempen dengan slogan penyatuan sebaliknya gerak kerja politik mereka dilihat jelas nyata cuba membakar api perkauman melebarkan jurang perpaduan antara kaum.
Politik perkauman jumut ini tidak menguntungkan negara namun asal ia punya manfaat kepada sebuah organisasi pertimbangan mula goyah, dek politik jumut mereka menghalalkan cara.
Walau apa pun provokasi kaum yang melanda masyarakat , alhamdulillah penerimaan rakyat masa kini lebih terbuka dan bermaklumat.Gelombang perubahan Pakatan Rakyat sedikit sebanyak menangkis persepsi bodoh piang seteru contohnya "cina ini bakal humban melayu",  "hudud akan menghancurkan bangsa lain" , "melayu dimurtadkan oleh paderi" dan sebagainya.
Puing perkauman seperti itu hanya membinasakan ketamadunan sesebuah negara.Dikala Melayu , Cina , India, Singh, entik-etnik Sabah dan Sarawak mula bersatu dibawah satu panji ada pula pihak yang merencatkan perpaduan ini.
Percaturan politik perkauman ini sudah diguna-pakai sejak tahun 60an lagi dimana negara mengalami tragedi perkauman yang buruk.Melalui basis 13 Mei 1969 ini lanskap politik negara mula berubah.Orang Melayu mula takut dengan bayang-bayang sendiri ditambah pula tekanan politik yang memberi input ketakutan. "politics of fear" mula menular dikalangan orang melayu.





Secara logik, masakan mahu menang jika golongan minoriti bergasak dengan majoriti.Matematik mudah ini jelas menunjukkan bahawa tragedi 13 Mei ini ada elemen mainan politik ketika itu yang mahu menjatuhkan Tunku Abdul Rahman.
Bangsa Cina yang jelas tidak akan berani lancar perang dengan orang melayu iaitu majoriti negara ini.Kita melihat gerak kerja politik jahat mereka pada Bersih 3.0 dimana ada pihak tidak bertanggungjawab menyarung baju Kuning lalu membuat provokasi mencetus vandalisma.
Walhal penyokong Bersih 3.0 hanya berhimpun dengan aman menuntut Pilihan Raya yang bersih dan adil.Ia dibuktikan dengan Himpuanan Kebangkitan Rakyat yang berlansung tanpa provokasi. Rakyat Malaysia mampu menjalankan himpunan dengan aman.Ini boleh berlaku apabila kerjasama rakyat dan PDRM berjalan dengan teratur.
Tidak mustahil pada 13 Mei 1969 tragedi berlaku kerana provokasi dari pihak gerakan terhadap Dap.Spekulasi murah ini harus difikir dan direnungkan.Satu batalion tidak akan lancar perang jika ia tidak punya kekuatan askar, minda mahupun fizikal.
Nyah saja soal perkauman ini mari merapatkan jurang antara kaum.Hari ini kita boleh lihat dimana bangsa Cina dan India boleh bekerjasama dalam 1 wadah perjuangan.Politik Harapan yang dicanang Pakatan Rakyat jelas membangkitkan semangat perpaduan antara kaum.
Orang bukan beragama Islam hari ini bangga menjulang panji PAS , masyarakat Islam khususnya orang PAS  boleh bekerjasama dengan orang bukan islam atas dasar tahalul siyasi.Parti KEADILAN Rakyat pula memberi ruang semua kaum bersama dalam 1 perjuangan iaitu "Perjuangan Rakyat" . Perkembangan ini yang boleh membawa negara mencapai ketamadunan dengan menempelak soal perkauman , mula bergerak atas dasar perpaduan Negara keseluruhan.
Anak Muda pemangkin perubahan negara.Pembentukkan golongan muda dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat jelas menunjukkan anak muda masa kini tidak punya masalah perkauman hatta media arus perdana memberi input kotor sekalipun kita tetap bersatu bagai "keluarga besar negara" .
Ayoh! Anak Muda kita sepakat menolak perkauman jumud yang dimainkan.Permainan perkauman ini hanya akan melemahkan negara kita.Mari rapatkan jurang antara kaum agar kita gah bersama di bawah Panji Malaysia.
 







Categories: Blog ADUN

Kemenangan PR Dirompak - DSAI

15 May 2013 - 2:39pm



KUANTAN: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi dakwaan bahawa Pakatan Rakyat telah memenangi Piliihan Raya Umum ke 13 (PRU13) pada 5 Mei lalu dan layak membentuk kerajaan baru.Ketika berucap di Perhimpunan ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ dan juga disebut sebagai ‘Blackout 505′ kerana para penyokong digalakkan memakai pakaian serba hitam di Kuantan malam tadi, beliau berkata,“Pakatan sudah memenangi PRU13 dan perhimpunan ini adalah manifestasi bantahan rakyat terhadap “kemenangan yang dirompak.”Menurut Anwar, Barisan Nasional telah ‘merompak’ kemenangan itu dari Pakatan Rakyat berdasarkan dakwaan beliau bahawa proses pengundian PRU13 sarat dengan penipuan dan sekali gus mencemari sistem demokrasi di negara ini.“Perhimpunan ini hasrat rakyat. Kami menang pilihan raya kamu rompak kemenangan ini. Orang Umno kata terimalah keputusan ini. Keputusan apa, keputusan rompak!“Kamu terima orang rompak kereta kamu, harta kamu, tanah kamu, kamu nak suruh rakyat terima? Perhimpunan ini mengenai maruah rakyat menuntut pilihan raya bebas dan adil,” tegas Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.Perhimpunan yang diadakan di kawasan letak kereta berhampiran pejabat PKR di Jalan Beserah, Kuantan berjaya menarik lebih 30,000 penyokong dari segenap lapisan masyarakat.Seperti biasa, pelbagai spanduk dan poster membawa mesej bantahan terhadap ketelusan pilihan raya turut dibawa oleh peserta.Selain Anwar, pimpinan parti itu yang hadir termasuk Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin; Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail serta Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman.Wakil PAS pula termasuk Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa serta Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli.
fmt
Categories: Blog ADUN

TSKI Sebagai Menteri Besar Selangor Penggal 2

14 May 2013 - 11:49am





KUALA LUMPUR, 14 Mei — Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor bagi penggal kedua di Istana Alam Shah pagi tadi.

Beliau mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor ke-15 di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada pukul 10.05 pagi tadi menurut The Star Online.

Pada majlis berkenaan, Abdul Khalid (gambar) diberikan watikah pelantikan oleh Sultan Sharafuddin.

Pada 2008, Abdul Khalid mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor pertama bukan darti Umno selepas gabungan longgar PKR, PAS dan DAP berjaya mengalahkan Barisan Nasional (BN) di Selangor.

Dalam Pilihan Raya 2013, Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengekalkan penguasaan di Selangor apabila menang 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Abdul Khalid dari PKR bertanding di DUN Pelabuhan Klang dalam Pilihan Raya 2013 berjaya menewaskan calon BN, Nasaruddin M Zin, dengan majoriti 2,994 undi.

 -malaysianinsider




Lupakan sengketa bersiap sedia menghadapi rakyat di penggal baru ini agar kesemua kehendak dan kemudahan dilaksanakan.

Provokasi media perdana melaga-lagakan kesatuan KEADILAN ternyata gagal.Kerjasama yang baik bakal membentuk pasukan yang lebih kebal hatta apa pun cabaran yang dihadapi kita akan rempuh.

"Good Governance" ini mood kita sekarang


Categories: Blog ADUN

YB Shuhaimi Shafiei Merakamkan Ribuan Terima Kasih kepada kesemua Jentera N50

13 May 2013 - 4:22pm








PRU-13 telah berlalu dengan penuh pancaroba penipuan , masalah bangla serta ketidaktelusan SPR, namun alhamdulillah Selangor kita dapat pertahankan malah menang bergaya dengan penambahan majoriti dan kerusi.


Walaupun seteru kita menyerang dengan tipu daya tetapi kemenangan 44 kerusi ini petanda bahawa rakyat selangor Melayu , Cina , India dan Singh menyeluruh bangkit menangkis penipuan murah yang dilakukan sewaktu PRU-13.

Kemenangan majoriti bertambah di N50 Dun Sri Muda bukan "one man show" tetapi kerjasama baik kesemua jentera yang tidak kenal penat jerih mempertahankan N50 daripada musuh.


"Dont forget the unsung heroes that completed the circle" - Jendral N50





PRU-12 majoriti 5000 , PRU-13 majoriti 12510 pertambahan 100% ini jelas bahawa kesemua jentera dibawah pimpinan Jendral N50 ada kelas tersendiri.Kesemua bilik gerakan aktif dengan jaya dan yang paling menakjubkan kubu kuat UMNO-BN di Jalan Kebun berjaya kita robek dan tawan dengan bergaya, hinggakan menitis air-mata salah seorang jentera kita.TAKBIR!



Srikandi N50 saban hari menyiapkan alatan perang (bahan kempen) dengan sempurna untuk diedarkan.Hampir kesemua pasar malam di daerah ini ditawan hasil kerjasama jentera N50.Manakala pihak lelaki pula berpeluh-peluh hingga lewat malam memasang panji-panji KEADILAN di sekitar Dun Sri Muda.

Pasukan PACABA juga tidak ketinggalan memainkan peranan penting di saat genting. Sehari semalam tidak lena hanya untuk memastikan kemenangan PR di N50 Dun Sri Muda.

Unit Penerangan juga tidak ketinggalan menyumbang kreativiti serta penyampaian mesej yang jelas kepada masyarakat.Setiap minit di laman siber mengangkat Dun Sri Muda agar khalayak tahu bahawa jentera kita ini KUAT!

Jendral merakamkan ribuan Terima Kasih kepada kesemua Jentera-jentera N50 Dun Sri Muda yang terlibat mempertahankan kemenangan dan Meneruskan Kecemerlangan Selangor.




Tahniah kita berjaya dengan bergaya !



We Will Never Surrender !

PRU-14 Watchout!









Categories: Blog ADUN

We Will Never Surrender! - DSAI

13 May 2013 - 3:10pm


KUALA LUMPUR, 13 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar malam tadi tidak akan mengalah dalam perlawanan Pakatan Rakyat (PR) untuk memastikan dakwaan seharusnya menang dan berada di Putrajaya, mengekalkan pendirian mereka Barisan Nasional (BN) menang dengan menipu pada 5 Mei.

Pemimpin de facto PR, kelihatan bertenaga dan penuh bersemangat apabila berucap di hadapan penyokong PR berpakaian hitam dalam perhimpunan ketiga selepas Pilihan Raya 2013 di Ipoh, Perak mengakui ianya seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan secara rasmi.

Akan tetapi beliau menegaskan walaupun Datuk Seri Najib Razak telah mengangkat sumpah dan gabungan tersebut kelihatan berurusan seperti biasa di Putrajaya, pengerusi BN dan presiden Umno bukanlah orang sebenar yang dipilih untuk jawatan itu.

“Pemimpin Umno akan kata, kami mempunyai mandat jadi kamu diam. Tetapi saya kata — No way. Kita mempunyai mandat dan akan… lawan tetap lawan,” kata beliau mengundang hadirin untuk menjeritkan slogan tersebut.

“Najib telah disahkan menang… dan telah mengangkat sumpah. Apa harus kita lakukan?
“Sebab itu saya kata… di Kelana Jaya ratusan ribu rakyat hadir hanya dengan notis dua hari… Di Pulau Pinang, ratusan ribu hadir di Batu Kawan… kebangkitan rakyat.

“Kenapa? Kerana suara rakyat suara keramat,” kata Anwar.

“Hari Selasa kita akan berhimpun di Kuantan. Rabu kita akan berhimpun di Johor. Dan kita tidak akan berhenti sehingga keadilan ditegakkan di negara ini.

 “Kita tidak akan berhenti sehingga keputusan sah diumumkan. Ya. Kita akan teruskan dan tidak akan mengalah,” tambah beliau melalui siaran secara langsung di Internet malam tadi.

Anwar dan pasukannya dalam PR menegaskan keputusan pilihan raya 5 Mei yang baru diumumkan dicemari dengan penipuan, corak pengundian luar biasa, cara menguruskan kotak undi diragui dan isu lain.

Dengan mengatakan mempunyai bukti mencukupi untuk menyokong dakwaan mereka, peguam dari kedua-dua DAP dan PAS akan menjalankan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan tersebut.

Pemimpin PR mengatakan mereka akan mencabar 29 keputusan pilihan raya dan perhimpunan, yang bermula di Selangor Rabu lalu, bergerak ke Pulau Pinang pada Sabtu dan di Perak malam semalam, akan diteruskan di Kuantan pada Selasa dan Johor pada Rabu.

Gabungan BN menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh PR, lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi dalam Pilihan Raya 2008.

Lebih menyedihkan bagi BN adalah mereka kehilangan undi popular, hanya mendapat 48 peratus daripada undi, tiga mata peratusan lebih rendah dari 51 peratus oleh PR.

Di Perak, nasib BN lebih parah lagi, hanya mendapat 507,123 atau 45.25 peratus daripada undi, dibelakang PR yang mendapat 613,490 undi atau 54.75 peratus, walaupun menang 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PR Perak telah mengatakan keputusan pilihan raya tidak sah, menegaskan pentadbiran negeri ditangan mereka kerana majoriti daripada rakyat Perak telah mengundi menentang BN.

Dalam ucapan awalnya, Anwar turut menyelar pemimpin kanan Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kerana mendakwa komuniti CIna yang undi menentang BN dikelirukan kerana memikirkan kerajaan pimpinan PR akan memansuhkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menafikan ini, menegaskan persetujuan tiga parti dalam PR — DAP, PKR dan PAS — secara rasminya mengiktiraf semua perkara dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk Artikel 153, yang menyentuh tentang hak keistimewaan etnik dominan negara ini.

-malaysianinsider
Categories: Blog ADUN

Sambutan Hari Ibu Bersama Warga Emas

13 May 2013 - 11:41am


Shah Alam, 12 MEI- Masalah tekanan ekonomi dan pengurusan masa menjadi punca masyarakat zaman sekarang menghantar orang tuanya ke Rumah Kebajikan.

Ini yang berlaku di kawasan bandar dimana orang berpusu-pusu mengejar kesenangan sehingga mengabaikan tanggungjawab seorang anak kepada Ibu-bapanya.

Sempena Hari Ibu ADUN Sri Muda dan pasukannya meraikan hari yang bahagia ini bersama Warga Emas di Pusat Jagaan Orang Tua Saint Judes Taman Iswara dimana 38 warga emas yang bermastautin disini di bawah seliaan En. Ravi dan isteri.

Majoriti adalah kaum India,kedatangan YB Shuhaimi Shafiei menceriakan suasana warga emas yang gembira menyambut Hari Ibu yang penuh makna.Sedikit sumbangan kepada setiap warga emas Saint Judes dan sekumtum bunga Mawar sebagai simbolik Hari Ibu.

Ini merupakan lawatan yang ke 5 YB Shuhaimi Shafiei di Pusat Jagaan Orang Tua Saint Judes ini.En. Ravi amat menghargai bantuan yang disaluirkan oleh ADUN Sri Muda selama ini yang memberi nafas agar Rumah Orang Tua ini terus-menerus beroperasi.

"Kehidupan bandar ini banyak mengubah cara hidup masyarakat sehinggakan mengabaikan tanggungjawab seorang anak, justeru Rumah Kebajikan Orang Tua ini harus dibela agar nasib warga emas ini lebih terjamin"  katanya.


ADUN Sri Muda menyarankan agar Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama-sama kita membendung masalah kebajikan rakyat dibawah yang mana semakin hari semakin tertekan akibat kos sara hidup yang semakin meningkat.


Justeru orang ramai boleh menyalurkan bantuan kepada Pusat Jagaan Orang Tua Saint Judes Taman Iswara dengan menghubungi En. Ravi di talian 016-3552084 .







Categories: Blog ADUN

Azmin kecam fitnah Umno, terus berjuang bersama KEADILAN

11 May 2013 - 11:16am


(Oleh Aisha Geoffrey)
PETALING JAYA 10 MEI: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali mengecam khabar angin yang disebar Umno kononnya beliau akan meninggalkan parti.
Tegasnya, ia bertujuan menjatuhkan kredibiliti dan mempersoal kesetiaan beliau kepada parti bagi memporak perandakan Pakatan Rakyat.
“Khabar angin itu dimulakan Umno BN, dan saya percaya ia dikaitkan dengan isu perlantikan sebagai Menteri Besar (MB) Selangor,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Azmin yang juga Pengerusi KEADILAN Selangor tegas menolak persepsi buruk yang dirancang Umno kononnya beliau kemaruk untuk menjadi Menteri Besar.
“Mereka telah bersungguh-sungguh membina persepsi bahawa saya terlalu kemaruk untuk menjadi MB. Fitnah ini adalah satu penghinaan terhadap integriti saya,” katanya.
Justeru, Azmin sekali lagi menegaskan akan tetap bersama KEADILAN dan kekal dengan jawatan beliau.
“Saya tidak akan meninggalkan perjuangan rakyat. Ia pembohongan yang dasyat bahawa saya akan menyertai Umno.
“Kepada saudagar khabar angin, saya menegaskan bahawa saya akan meneruskan perjuangan dengan lebih gigih dan tidak berhasrat meletakkan jawatan sama ada dari parti mahupun wakil rakyat,” kata Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu.

Categories: Blog ADUN

Shuhaimi Shafiei : Interview Bersama FMT

4 May 2013 - 11:02am



N50 Sri Muda state seat incumbent speaks about the challenges and initiatives taken during his 5 years term in the constituency

Semakin Hari Sokongan Semakin Meningkat
Categories: Blog ADUN

Jadual 4 Mei Hari Terakhir Kempen

4 May 2013 - 10:59am





Program calon N50 Sri Muda pagi, ptg, mlm pd 4 Mei 13:

 

1) 12:30 pm Kenduri kahwin di No 24, Jln Kurung 10/4, Seksyen 10, Shah Alam (mengadap masjid negeri)
 

2) 1:30 pm Solat Zuhor
 

3) 2:00 pm Aqiqah, doa selamat & ceramah kelompok di rumah Hj Adam Jln Kebun (bawa loud-hailer)
 

4) 4:00 pm Solat Asar
 

5) 7:00 pm Solat Maghrib
 

6) 745 pm Majlis Perkahwinan di Bkt Kemuning Golf & Country Club
 

7) 9:00 pm Ceramah di Kota Pendamar DUN Port Klang
 

8) 10:00 pm Ceramah Grand Finale @Himpunan Kebangkitan Rakyat DUN Sri Muda & Parlimen Kota Raja di Kemuning Utama (berhampiran KFC)
Categories: Blog ADUN

Jadual 3 Mei Hari Ke 13 Kempen PRU13

3 May 2013 - 4:22am



 Program calon N50 Sri Muda pagi, ptg, mlm pd 3 Mei 13:

 

1) 8:00 am Sarapan pagi di Bkt Naga
 

2) 10:00 am Lawatan ke kedai2 di sekitar Bkt Naga
 

3) 1:00 pm Solat Jumaat di Masjid Hidayah Al-Muttaqin, Kg Bkt Lancung
 

4) 4:00 pm Solat Asar
 

5) 5:00 pm Pasar Malam Seri Gambut/Bkt Naga - edaran risalah
 

6) 6:00 pm Pasar Malam Jalan Kebun depan Econsave - edaran risalah
 

7) 7:00 pm Solat Maghrib
 

8) 7:45 pm Taklimat Akhir oleh calon N50 sebelum hari mengundi & sumbangan kpd JDM
 

9) 8:45 pm Solat Isyak
 

10) 9:00 pm Ceramah di DUN Sementa
 

11) 9:45 pm Ceramah di DUN Port Klang
 

12) 10:30 pm Ceramah di tapak pakir PJ Nasi Kandar, Tmn Sri Muda
 

13) 11:00 pm Ceramah penerangan PR Putra Heights
 

14) 11;30 pm Ceramah PAS depan surau Al-Ikhwan, Tmn Setia
Categories: Blog ADUN

Jelajah Treler AMK Di Jalan Kebun

3 May 2013 - 12:39am



    
1 Mei , Jalan Kebun-Sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 1500 orang dimana lokasi ini pada 2008 merupakan kubu kuat UMNO-BN.Jelajah Treler AMK melakar sejarah baru di Jalan Kebun ini ditambah lagi dengan impak pimpinan Jendral N50 Dun Sri Muda.

Barisan penceramah yang handal-handal malam ini adalah Calon P111 Dr.Siti Mariah , Calon N50 Shuhaimi Shafiei, Ketua AMK Selangor Azmizam, Ustaz Uda Kassim, Saudara Jaberi Ami dan Bekas Mejar Khir.

Pengisian Ceramah malam ini memberi pencerahan berkenaan Manifesto Pakatan Rakyat serta Negeri Selangor selaras dengan "Meneruskan Kecemerlangan" Negeri Selangor .Penduduk Jalan Kebun terpesona dengan input para penceramah yang menekankan soal Politik Harapan bukan Politik Samseng jumut.    


Seperti Biasa "ternakan Umno-Bn" memperalatkan budak sekolah membuat onar atas dasar provokasi,namun kami Pakatan Rakyat tidak jamah politik jumut yang kerap kali diguna pakai Umno-Bn.
Jendral mengutuskan ribuan terima kasih kepada semua para Jentera N50 Dun Sri Muda yang tidak kenal erti penat menjayakan program ini.Usaha yang berterusan ini menunjukkan bahawa rakyat Negeri Selangor ingin mengekalkan kecemerlangan pemerintahan Pakatan Rakyat.

Segelintir Jentera N50 khususnya anak muda baru pertama kali menghadapi gerak kerja Pilihan Raka Umum sedikit sebanyak memberi kesan kepada jentera menyeluruh kerana berlaku "try & error".Justeru kelemahan ini akan menjadi pengajaran untuk dibekalkan pada masa akan datang
Pada 2008 Jendral mendapat lebih 5000 majoriti,maka untuk PRU-13 ini sasaran kami lebih besar jumlahnya.Sokongan sebegini rupa di Jalan Kebun adalah manifestasi kemenangan besar Pakatan Rakyat di P111 Kota Raja & N50 Dun Sri Muda.     Ini Kali Lah TUKAR!


Categories: Blog ADUN

JOM HADIR GRAND FINALE HKR DUN SRI MUDA & PARLIMEN KOTA RAJA

2 May 2013 - 2:46pm
 
Jom Hadir Demi Perubahan
 
Grand Finale Himpunan Kebangkitan Rakyat Dun Sri Muda,Parlimen Kota Raja
 
4 Mei 2013 Sabtu 8 Malam  
Di Parkir Sebelah KFC & Giant, Kemuning    Utama Shah alam








Categories: Blog ADUN

Jadual 2 Mei Hari Ke 12 Kempen PRU13

2 May 2013 - 10:25am





Program calon N50 Sri Muda pagi, ptg, mlm pd 2 Mei 13:

 


1) 8:30 am Sarapan pagi di Bkt Naga
 

2) 9:30 am Press Conference
 

3) 10:00 am Mesyuarat di HQ
 

4) 11:00 am Mesyuarat Jentera DUN
 

5) 1:00 pm Solat Zuhor
 

6) 3:00 pm bertolak ke Kapar/Sementa
 

7) 4:00 pm Ceramah di Kapar/Sementa
 

8) 5:00 pm Solat Asar
 

9) 7:30 pm Solat Maghrib
 

10) 8:00 pm Ceramah HINDRAF tolak BN & Waythamoorthy di Tmn Sri Muda
 

11) 8:30 pm Ceramah di Kota Kemuning (depan NTS Restotan)
 

12) 9:30 pm Ceramah di Batu 14, Puchong (luar kawasan)
 

13) 10:00 pm Ceramah di Bkt Lancung
 

14) 10:20 pm Ceramah di Tmn Sri Muda (Shell lama)
 

15) 10:40 pm Ceramah di Alam Impian
 

16) 11:00 pm Ceramah di Ranting Arun Estate
 

17) 11:20 pm Ceramah di JDM Bandar Putera
 

18) 11:45 pm Ceramah di JDM Bkt Naga
Categories: Blog ADUN