Blog ADUN

Selangor To Make Water MoU Public Next Week

xavierjayakumar.blogspot.com - 5 March 2014 - 5:28pm
SHAH ALAM: The Selangor government will make public the contents of the water agreement it signed with the federal government next week as promised, Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim said today.
Khalid said the Energy, Green Technology and Water Minister Maximus Ongkili had agreed in principle for Selangor to make the memorandum public.
He said the state had to undergo certain procedures as required under its Freedom of Information Act before the document could be released.
He, however, declined to confirm the authenticity of a MoU document revealed by PKR strategist Rafizi Ramli yesterday, adding that the state did not approve the release of the said document.
“We are only interested in releasing our own documents,” he said Khalid indirectly dismissed Rafizi’s claims that only a number of items in the MoU, such as the Langat II Water Treatment Plant, were irrevocable.

“The decision has been made by the state, you (reporters) should read the whole document,” he told a press conference after the weekly executive council meeting.
He said the signing of the MoU had nothing to do with his recent out-of-court settlement with Bank Islam on a shares dispute worth RM67 million.
He also refused to name the PKR leader whom he had claimed might wish to alter the water deal if the person knew about the deal earlier.
No water increase for three years
Selangor inked the MoU with Putrajaya last Wednesday to allow the federal government to build the Langat 2 Water Treatment Plan in exchange for the state to take over four water concessionaires.
The MoU marked the end of six years of intensive horse-trading between the two sides since Selangor announced its intention to restructure the state’s water industry and assets.
Many Selangor PKR leaders, such as Rafizi and Anwar Ibrahim, were, however, kept in dark over the MoU and had since been questioning the deal.
Khalid said last Saturday that the contents of the MoU was irrevocable and binding, as he had specifically asked for the word “irrevocable” to be written in there.
Meanwhile, Khalid also announced that the federal and state governments had agreed to sign a yet-to-be-drafted agreement which would detail the plan of the water restructuring exercise.
He said the proposed agreement would eleborate on issues such as future water tariffs and estimated revenue after the exercise.
He added that the proposed agreement stated that there would be no increase in water tariff for the next three years.
Source: FreeMalaysiaToday
Categories: Blog ADUN

No Directive for More Water Rationing

xavierjayakumar.blogspot.com - 5 March 2014 - 5:24pm
KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) said today it had yet to receive any directive from the Selangor government to implement the third stage of water rationing necessitated by the current drought.
Syabas Corporate Communications and Public Affairs assistant general manager Priscilla Alfred said there would no change to the second stage of the water rationing.
The second stage started on Sunday following a reduction by 200 million litres a day in the release of raw water from the Sungai Selangor Dam.
In a portal yesterday, Selangor state executive councillor Elizabeth Wong stated that the people of Selangor must prepare themselves to face the third phase of rationing if the level of water in the Klang Gates Dam continued to drop.

She said the third stage of rationing would involve more consumers, including people living in the Ampang and Melawati areas.
Wong was quoted as saying that as of yesterday the water at the dam was at 52.91% capacity.
She said the situation would be declared as critical if the level dropped to 50%, which would force the implementation of the third phase of water rationing.
Priscilla, asked to comment on the complaints by consumers that they received muddy water upon resumption of the water supply each time, said it was caused by sediments in the Syabas mains system.
“It is definitely an issue, but it only happens to consumers in certain areas. As such, we urge the affected consumers to let the water flow for a few minutes before using it, because it is unsafe for use,” she said.
The second stage of water rationing, involving 260 areas with 413,617 households, entered its fourth day today.
Source: FreeMalaysiaToday
Categories: Blog ADUN

Anwar Berusaha Buat Kali Terakhir Tangguhkan Rayuan Kes Liwat

xavierjayakumar.blogspot.com - 5 March 2014 - 5:21pm
Lima hakim Mahkamah Persekutuan sekarang sedang bersidang bagi mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permonan beliau untuk mengenepikan peguam Tan Sri Muhammad Syafee Abdullah sebagai ketua pendakwa dalam rayuan kes liwatnya.

Anwar memfailkan permohonan menangguhkan pelaksanaan dan notis rayuan kepada Pendaftar Mahkamah Persekutuan pagi ini.

Pendengaran dengan notis yang singkat itu ditetapkan selepas peguam Karpal Singh dan Sivarara Rasiah menemui Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria di pejabatnya petang ini.

Perbicaraan ke atas rayuan pendakwaan kes liwat ditetapkan selama dua hari mulai esok.
Isnin lepas, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Balia Yusof Wahi memutuskan peguam tidak boleh diputuskan tidak layak dan tidak baik hanya kerana lembaga disiplin mendapati dirinya bersalah atas salah laku.

Katanya, walaupun Lembaga Disiplin Peguam dan Peguamcara mendapati dirinya bersalah kerana salah laku, menjadi tugas pendakwaraya menentukan samasa Shafee layak atau orang yang sesuai untuk mengetuai pasukannya dalam kes sodomi itu.

Kata Balia, permohonan Anwar remeh, menyusah dan menyalahgunakan proses mahkamah untuk melengah-lengahkan rayuan itu.

Balia juga menolak untuk memberikan penangguhan sehingga rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Anwar memfailkan permohonan kali ketiga bagi mengenepikan Shafee dengan alasan beliau tidak layak dan sesuai kerana didenda RM5,000 atas kesalahan salah laku oleh Lembaga Disiplin Majlis Peguam.

Beliau juga mendakwa, ia akan mengakibatkan pertembungan kepentingan kerana pegawai penyiasat Jude Blacious Pereira didapati tidak boleh dipercayai dalam penyiasatan Suhakam sebelum ini.

Anwar pada awalnya mencabar kesahihan perlantikan Shafee di bawah Kanun Prosedur Jenayah tetapi ia ditolak Mahkamah Persekutuan pada 20 November tahun lalu.

Permohonan keduanya adalah berdasarkan akuan bersumpah bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim, juga ditolak Mahkamah Persekutuan pada 11 Februari.

Pada 9 Januari 2012, Anwar 66, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium Bukit Damansara pada 2008.

Sumber: TheMalaysianInsider
Categories: Blog ADUN

Jurang Pendapatan Akibat Potong Subsidi

xavierjayakumar.blogspot.com - 5 March 2014 - 5:19pm
Satu kajian Universiti Malaya menunjukkan pemotongan subsidi bahan api boleh menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan bandar dan luar bandar merosot ke tahap yang direkodkan pada tahun 1970.

Profesor Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan Universiti Malaya Dr Fatimah Kari berkata isirumah Melayu-Bumiputera miskin akan terjejas paling teruk kerana mereka sudahpun berada dalam lurah kemiskinan yang dalam, sama ada di bandar atau di luar bandar.

Fatimah yang membentangkan hasil kajiannya kepada media hari ini berkata kemerosotan itu boleh berlaku dalam jangka pendek sehingga tempoh sederhana jika jurang pendapatan ini tidak ditangani melalui dasar ekonomi.
"Kita amat bimbang perkara ini. Pada tahun 1970, nisbah pendapatan antara luar bandar dan bandar ialah 1:2 iaitu untuk setiap RM1 yang diperolehi oleh orang luar bandar, orang bandar mendapat RM2.

"Data terbaru diterima pada tahun 2012 ialah 1:1.7. Kami rasa ada kemungkinan ia akan kembali kepada tahun pada tahun 1970.

"Ini situasi yang menekan, dan ini bermakna tindakan afirmatif selama 40 tahun kini sia-sia," kata Fatimah.

Sumber: MalaysiaKini
Categories: Blog ADUN

Fomca - Baiki Mutu Hospital Swasta Dulu

xavierjayakumar.blogspot.com - 5 March 2014 - 5:17pm
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menegaskan bahawa bayaran perubatan untuk sektor perubatan swasta tidak patut dinaikkan sebelum kualiti perkhidmatan tersebut ditingkatkan.

Naib presiden Fomca Ratna Devi Nadarajan berkata Fomca menerima 882 rungutan mengenai penyedia perkhidmatan kesihatan pada tahun 2011 dan yang majoritinya melibatkan sektor swasta.

"Tanggapannya ialah perkhidmatan kesihatan swasta memberi perkhdmatan lebih baik.

"Tetapi antara rungutan diterima adalah rawatan yang teruk dari doktor, kegagalan memberitahu sebab untuk rawatan, (melakukan) ujian tidak perlu untuk untuk mengenakan bayaran kepada pelanggan dan dos yang salah (untuk ubat-ubatan)," kata beliau ketika dihubungi.
"Jadi dengan peningkatan bayaran, mereka mesti tunjukkan bagaimana perkhidmatan mereka bertambah baik.

Dengan kenaikan kadar bayaran itu, pesakit yang mengadu mengenai mutu perkhidmatan sepatutnya mempunyai peluang lebih baik untuk menuntut gantirugi, katanya.

"Sekarang, jika mereka tidak gembira dengan perkhidmatan perubatan, mereka boleh bawa kes kepada Majlis Perubatan Malaysia. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa proses dan panelnya terdiri oleh para doktor.

"Sebuah tribunal perubatan yang mirip Tribunal Tuntuan Pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia patut diperkenalkan," kata beliau.

Sumber: MalaysiaKini
Categories: Blog ADUN

Sokongan Padu PAS Terhadap Kajang Move Merobek Kubu Kuat Seteru

srimuda.blogspot.com - 5 March 2014 - 4:43pm

Walaupun tanpa presiden PAS dan menerima tekanan kuat, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh parti itu dalam membantu beliau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.Ketika berucap di majlis pelancaran jentera PAS PRK Kajang, Anwar yang akan menjadi calon PKR dalam pilihan raya itu berkata, rakannya dalam Pakatan iaitu PAS dan DAP menunjukkan semangat setiakawan yang utuh."Terima kasih kawan-kawan pimpinan PAS yang bagi kerjasama luar biasa untuk kita pertahankan Kajang walaupun mereka menerima tekanan yang kuat," katanya.
"Hari itu saya ke Jepun. Presiden PAS sudah turun di Kajang sebelum penamaan calon, ini menunjukkan semangat setiakawan yang terus utuh.Malah Anwar terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut berada di Kajang pada 28 Febuari lalu."DAP pun sudah turun malah Kit Siang pun sudah bagi arahan tegas kepada jenteranya bagi membantu PRK Kajang," katanya dalam ceramah sempena Pelancaran Jentera PAS PRK Kajang, di sini malam tadi, lapor lidah rasmi PAS, Harakahdaily.Malam tadi, empat tokoh PAS bersama Anwar melancarkan jentera PAS di Kajang itu iaitu Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Ketua Penerangan PAS, Tan Sri Muhammad Mohd Taib menyertai Anwar di majlis itu.Pada 28 Februari lalu, Hadi hadir ke Kajang melancarkan jentera Pemuda PAS untuk PRK Kajang. – 5 Mac, 2014.
TMI

Categories: Blog ADUN

Jangan asyik menyalahkan orang lain

drhalimahali.blogspot.com - 4 March 2014 - 9:13pm
Don’t blame Indonesia for our hazardous air quality, says Meteorological Department BY ELIZABETH ZACHARIAH
March 04, 2014
The smoke blanketing Kuala Lumpur this morning. The Meteorological Department blames the dry weather and industrial pollution for the present condition. – The Malaysian Insider pic by Najjua Zulkefli, March 4, 2014. Don't blame Indonesia for the unhealthy air quality here as the current condition in Malaysia is caused by our own doing, said the director-general of the Meteorological Department, Datuk Che Gayah Ismail.
She told The Malaysian Insider today that despite the fact that air quality in Riau, Sumatra, had reached hazardous levels in the past two months, it had nothing to do with Malaysia's present predicament.
Instead, the main cause of the hazardous air quality here, she said, was the dry weather coupled with open burning, forest burning, peat fires, emission from vehicles and smoke from industries.
"It is our own burning. Our own smoke that is causing this.
"The dry season has retained haze in the air as there is no mechanism to clean the air. And every day, we keep on adding to it with our own smoke."
Che Gayah said the wind direction made it impossible to attribute the smog in most parts of the Klang Valley to the critical situation in Riau, where a state of emergency has been declared.
"We are now experiencing the northeast monsoon. So the wind is blowing in from the northeast. This means that even if Sumatra has a severe haze problem, the smog will not be blowing in our direction."
Cross-boundary haze would only occur during the southwest monsoon season.
"This is what happened in June last year," she added.
Che Gayah had previously said that the recent eruption of Mount Sinabung in Indonesia also had no effect on the haze situation in Malaysia, where several areas in the Klang Valley have recorded unhealthy air quality levels.
"There is no more eruption. It is just smoky. In fact, the wind direction shows that it is blowing the smoke from Sumatra away from us," she said this morning.
The smoke, it was reported, was now concentrated in large urban areas with high economic and industrial activities such as Kuala Lumpur, Selangor (Subang) and Penang (Seberang Perai).
The department had also announced that it would conduct cloud-seeding operations to provide some rainfall over dams in Selangor, Negri Sembilan, Malacca and Johor.
Yesterday's operations, which began at 3pm and ended by 4.30pm, was carried out over Gombak, Hulu Langat, Kuala Kubu Baru, Hulu Klang and Semenyih.
The operation was declared a success after the area experienced a downpour in the evening.
"I cannot say that the heavy rain was 100% from cloud-seeding. But I believe it contributed to it."
The downpour from 4pm onwards yesterday provided a much-needed reprieve to Klang Valley residents, who have had to deal with dry taps as well.
However, the latest air pollutant index (API) showed that air quality in the Klang Valley has not improved much, with Banting recording the highest reading of 130.
Port Klang, which showed an increase in API this morning (137) compared with yesterday's readings (131), registered an improvement in the 11am readings (125).
Unhealthy air quality levels were also recorded in Nilai (109), Kuala Selangor (106), Petaling Jaya (124), Shah Alam (123) and Batu Muda, Kuala Lumpur (116).
Air quality status is monitored through 52 stations by the Department of Environment to detect changes in air quality and to detect smoke early.
In a statement yesterday, the DOE warned that action will be taken to those who continued to practise open burning. – March 4, 2014. MALAYSIAN INSIDER
Categories: Blog ADUN

KERJASAMA KERAJAAN SELANGOR-KERAJAAN KELANTAN KUKUHKAN PAKATAN

drhalimahali.blogspot.com - 3 March 2014 - 11:00pm

Jalinan erat antara dua negeri PAKATAN RAKYAT ini akan mencetuskan gerak kerja yang lebih strategik yang menguntungkan kedua belah pihak di mana kekuatan ilmu, kemahiran dan pengalaman masing-masing akan digunakan sebagai paksi kolaborasi bersinergi insya Allah.
Kekuatan ekonomi Selangor di samping lokasi yang strategik dan infrastruktur dan pengangkutan yang lebih baik akan dijadikan modal perkongsian dengan pengalaman yang kaya oleh Kelantan di bidang ar Rahn, pendidikan holistik dan hasil yang halal serta tenaga kerja belia yang ramai boleh dimanfaatkan supaya kebergantungan syarikat di Selangor kepada warga asing mudah mudahan boleh dikurangkan. Budaya cinta ilmu di Kelantan juga diharapkan membantu merancakkan lagi budaya ilmu di Selangor insya Allah. Mudah mudahan diberkati Allah usahasama ini.Amin
Categories: Blog ADUN

Munajat Mohon Hujan Di Dataran Kemerdekaan

srimuda.blogspot.com - 27 February 2014 - 2:50pm

Dataran Kemerdekaan Shah Alam pagi ini diiringi tangisan air mata hadirin saat mengaminkan doa memohon hujan yang dibacakan Ustaz Nazmi Abdul Karim.Tidak kurang juga yang kelihatan begitu khusyuk dan bersungguh-sungguh saat menunaikan solat hajat Istisqa’ yang diketuai Imam Masjid Negeri, Syeikh Abdul Karim Omar Al-Fatani.Seorang eksekutif, Zulkefli Nani 45, menyifatkan kehadiran beliau bersama anggota keluarga yang lain merupakan satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan sebagai warga Selangor.“Walaupun di tempat tinggal saya di Seksyen 7 masih terselamat tanpa penjadualan air dan masalah lain, namun saya rasa ini adalah tanggungjawab bersama.“Lebih-lebih saya sendiri lihat bagaimana peritnya mereka yang mengalami masalah bekalan air selama beberapa minggu ini,” katanya yang turut menganggotai badan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care.Hampir 1, 000 hadirin memenuhi ruang dataran bagi menunaikan solat hajat Istisqa’ yang dianjurkan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS).Majlis solat hajat berkenaan turut disertai Exco Negeri, Dr. Halimah Ali, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud dan Datuk Bandar MBSA, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan.Halimah berkata jika cuaca panas dan kering berterusan serta menyebabkan keadaan bertambah kritikal, solat hajat Istisqa’ kemungkinan akan dianjurkan di kawasan empangan.“Kita juga melibatkan pelajar tahfiz, semoga dengan berkat doa mereka ini mudah diperkenankan Allah bagi membantu kita semua menghadapi keadaan seperti sekarang,” katanya.ebelum ini, beberapa kawasan di sekitar Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya terputus bekalan air dan tekanan rendah disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran cuaca panas kering dan kekurangan hujan.Pada 24 Februari lepas, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan program penjadualan air di seluruh Selangor bagi memastikan bekalan air berterusan.EZY
Categories: Blog ADUN

MoU antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor harus diumumkan kepada orang ramai dan tidak harus dijadikan sebagai rahsia rasmi kerajaan

wengsan.blogspot.com - 27 February 2014 - 11:17am
Saya mengalu-alukan persetujuan di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Selangor semalam apabila kedua-dua pihak menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoU) untuk menyelesaikan kemelut penstrukturan semula industri air di negeri Selangor semalam. MoU ini membenarkan kerajaan Selangor mengambilalih keempat-empat buah syarikat air dengan harga sejumlah RM9.65 bilion sementara Weng San Lauhttps://plus.google.com/110597857305874604035noreply@blogger.com0http://wengsan.blogspot.com/2014/02/mou-antara-kerajaan-persekutuan-dan.html
Categories: Blog ADUN

Apabila Jendral Di Kedudukan Yang Tepat, Ia Menggusarkan Pemimpin Veteran UMNO

srimuda.blogspot.com - 27 February 2014 - 10:46am
Jadi mengapa Tun Daim Zainuddin bising?
Apa yang nyata, bekas menteri kewangan itu dalam keadaan penuh kebimbangan. Cukup bimbang sehingga beliau terus bercakap mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim.Secara terbuka, beliau menolak pemimpin PKR sebagai seorang gila publisiti dan sukakan perhatian. Secara terbuka juga, beliau merendah-rendahkan ketua pembangkang itu sebagai seorang yang tidak pernah mampu menyelesaikan sebarang masalah.
Rupa-rupanya penentangan Daim terhadap Anwar diteruskan dalam sesi perbincangan peribadi tetapi dengan nada lebih serius dan tidaklah begitu memandang rendah terhadap kemampuan Anwar.
Secara terbuka, beliau berkata bahawa langkah Anwar bertanding pilihan raya kecil di Kajang hanya membazirkan duit rakyat.Mereka yang berada di kelilingnya berkata, beliau gusar akan kesan sekiranya Anwar menang di Kajang; terutamanya kemungkinan Anwar menjadi ketua eksekutif negeri paling kaya di Malaysia dengan beberapa bilion pada tangannya dan kesan segera terhadap moral ahli-ahli Umno di Selangor serta seluruh negara.Namun, tidak dinyatakan ketakutan bahawa ia mampu menjadi  asas ekonomi yang kukuh dan landasan untuk mempamerkan kualiti kepimpinan kuat berbanding Putrajaya, nafas baru dan fokus Anwar ini boleh membawa Pakatan Rakyat (PR) untuk mengalahkan Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang – keputusan akhir yang ternyata membuatkan Daim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin Umno lain dari zaman kegemilangan penswastaan tidak senang duduk.Tambahan pula, Selangor adalah negeri perindustrian dan paling kaya serta bersebelahan dengan Kuala Lumpur yang menjadikannya sumber bagi  projek-projek infrastruktur, tawaran hartanah dan perniagaan untuk kroni dan lain-lain yang berkaitan dengan Putrajaya.Ia menjadi penting bagi pihak yang pernah mendapat manfaat untuk memastikan Selangor kembali kepada BN. Kepimpinan Anwar di negeri ini akan menjauhkan lagi kemungkinan masa hadapan dan menjadikan Selangor sebuah lagi kubu politik seperti Kelantan bagi PAS.Secara mudah, wujud keperluan untuk melindungi “angsa emas”.  Para jutawan yang mempunyai kaitan dengan Umno akan berusaha sedaya mungkin menghalang Anwar mengambil alih jawatan sebagai menteri besar.Justeru, jangan terkejut jika Daim mengambil berat terhadap bagaimana persediaan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk “berperang” dengan Anwar.Penting bagi golongan yang mendapat manfaat pada zaman Mahathir jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mengosongkan jawatannya.Jelaslah, dakwaan mereka berkenaan “Langkah Kajang” sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan penggunaan dana awam untuk pilihan raya kecil.Ini kerana jika mereka benar-benar mengambil berat bagaimana wang pembayar cukai dibelanjakan, mereka pasti tidak akan membenarkan konsesi tol yang berat sebelah atau tawaran untuk pengeluar tenaga bebas atau menyimpan sumber air di tangan beberapa ahli perniagaan tertentu sahaja.Oleh itu, pertempuran di Kajang adalah pertempuran bagi menentukan siapa yang akan dapat mengawal Putrajaya pada masa hadapan. Kemenangan Anwar di Kajang boleh menyebabkan Umno kehilangan Putrajaya lambat laun nanti.  – 26 Februari, 2014.
TMI
Categories: Blog ADUN

PKR Desak Najib Tunjuk Kesungguhan Rekonsiliasi Nasional, Tangani Kumpulan Ekstrem

xavierjayakumar.blogspot.com - 26 February 2014 - 6:14pm
PKR hari ini mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan kesungguhan ke arah Rekonsiliasi Nasional dengan menangani kumpulan-kumpulan ekstrem terlebih dahulu.

Setiausaha agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, isu-isu kontroversi yang berkaitan kaum dan agama perlu segera ditangani Putrajaya, tidak boleh tunggu sehingga tiga bulan ia dilancarkan.

"Yang segera untuk tunjuk kesungguhannya adalah bagaimana nak redakan keresahan rakyat terhadap isu ketegangan kaum dan agama yang sekarang menjadi-jadi," kata Saifudin pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
"Maksudnya kita tidak boleh tunggu tiga bulan lagi dilancarkan pelan Rekonsiliasi Nasional barulah isu-isu berkaitan kehidupan rakyat yang terbeban dan ketegangan kaum ditangani."

Saifuddin berkata gesaan itu adalah ujian litmus kepada Najib sekiranya bersungguh-sungguh untuk melihat Rekonsiliasi Nasional antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dapat menjadi kenyataan.

"Yang segeranya, iaitu isu soal kaum dan agama, soal kos sara hidup.

"Yang ini harus disegerakan sebagai satu ujian litmus kepada kesungguhan perdana menteri," katanya lagi.

Beberapa insiden provokasi agama dan kaum menggemparkan negara kebelakangan ini, bagaimanapun pentadbiran Najib masih dilihat bermain tarik-tali dan tidak menunjukkan ketegasan terhadap kumpulan tertentu.

Januari lalu, sebuah gereja, Church of the Assumption di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang diserang bom buatan sendiri dikhuatiri mempunyai kaitan dengan kain rentang kontroversi kalimah Allah.

Insiden provokasi juga berlaku di Pulau Pinang bulan lalu apabila sekumpulan 600 peserta termasuk ahli Umno Pulau Pinang berkumpul dengan membawa ugutan insiden berdarah rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Himpunan tersebut dianjurkan bagi membalas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon menyuap kangkung ke dalam mulut replika Najib.

Kumpulan tersebut membawa bersama sepanduk provokasi tertulis: "Kerana mulut pemimpin DAP berlakunya 13 Mei 1969... adakah anda mahu lagi?"

Mesej lain yang disampaikan seperti “Hina PM seperti hina Melayu”, "Melayu Pulau Pinang bertahan kerana makan kangkung" dan "ABCD - Asal bukan Cina DAP" dan "DAP musuh Islam”.

Malah, awal bulan ini, sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam juga menganjurkan satu perhimpunan berbau provokasi dengan menyembelih dua ekor ayam serta menawarkan RM1,200 kepada individu yang berjaya menampar pemimpin DAP, Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh.

Saifuddin bagaimanapun mengalu-alukan dan menghargai usaha yang ditunjukkan oleh Najib apabila bersetuju dengan cadangan rekonsiliasi tersebut.

"Kami mengalu-alukan kenyataan dan menghargai langkah perdana menteri ini," katanya lagi.

Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang dalam sidang media sama menggesa supaya Putrajaya bersama Pakatan Rakyat (PR) duduk semeja membincangkan rangka kerja ke arah Rekonsiliasi Nasional dan tidak hanya menerusi pengumuman dalam media sahaja.

"Kami mahu semua parti duduk bersama dan bincang rangka kerja untuk tangani isu antara agama dan kaum ini.

"Rangka kerja yang besar penting, kita boleh cakap apa sahaja, tetapi ia tidak ke mana walaupun secara prinsipnya kita berdiri atas pendirian sama," kata Chua.

Pada 30 Januari lalu, Putrajaya akhirnya menyambut pelawaan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengadakan rekonsiliasi nasional dengan gabungan pembangkang tersebut.

Sumber: TheMalaysianInsider
Categories: Blog ADUN

Senarai Kawasan di Selangor Terbabit Catuan Air

xavierjayakumar.blogspot.com - 26 February 2014 - 6:10pm
KUALA LUMPUR: Berikut senarai kawasan terbabit pelan catuan bekalan air di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang bermula 27 Feb hingga 31 Mac ini, seperti diumumkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) semalam.

WILAYAH HULU LANGAT

Zon 1

    *Taman Juara Jaya
    *Taman Bukit Belimbing
    *Taman Sungai Besi Indah 1,2 & 3
    *Taman Harmoni Indah
    *Taman Puncak Utama, Seri Kembangan
    *Taman Putra Budiman
    *Taman Balakong Jaya
    *Taman Seri Timah
    *Taman Tanming Jaya
    *Kawasan perindustrian Balakong
    *Taman Industri Selesa Jaya, Seri Kembangan
    *Taman Industri Balakong
    *Taman Tanming Permai
    *Taman Industri Lifong
    *Taman Tanming Ria
    *Taman Sungai Besi Indah Zon 1
    *Juta Mines Kondominium, Seri Kembangan

Zon 2

   *Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
   *Taman Impian Ehsan Seri Kembangan
   *Taman Desa Karunmas Seri Kembangan
   *Kampung Baru Balakong
   *Taman Kasturi Cheras
   *Taman Sri Indah Cheras
   *Taman Bukit Emas
   *Taman Cheras Jaya
   *Taman Impian Indah
   *Taman Taming Indah
   *Taman Sejati
   *Taman Seri Sungai Long
   *Taman Bukit Sungai Long
   *Rumah Kenangan Cheras
   *Taman Dutamas
   *Taman Setia Kasturi Cheras
   *AEON Cheras Selatan
   *Taman Industri Balakong Jaya
   *Taman Setia Balakong
   *Taman Sinaran
   *Kawasan Perniagaan Desaria, Seri Kembangan
   *Dataran C180 Balakong

WILAYAH KUALA LANGAT DAN SEPANG

Zon 1

   *Kampung Olak Lempit
   *Kampung Bukit Changgang
   *Kampung Labohan Dagang
   *Selangor Dredging
   *Taman Changgang Jaya
   *Kompleks Perabut Olak Lempit
   *RTB Bukit Changgang
   *Bandar Sri Ehsan
   *Bandar Mahkota
   *Bandar Sungai Emas
   *Taman Arked
   *Taman Ambar
   *Taman Sri Dagang
   *Taman Langat Murni
   *Taman Langat Utama
   *Taman Murnimas
   *Taman Seri Telok Datok
   *Taman Sri Cheding
   *Sekolah Tamil Sungai Sedu

Zon 2

   *Kota Warisan
   *Warisan Bestari
   *Taman Bunga Raya
   *Taman KLIA Indah
   *Tiara Heights
   *Taman Ixora
   *Taman Dahlia
   *Taman Seroja
   *Taman Mawar ( Mawar 1, Mawar 2, Mawar Perdana, Emas Villa )
   *Taman Kenanga
   *Taman Desa Vista
   *Taman Desa Bestari
   *Salak Permai
Categories: Blog ADUN

Semua PBT Diarahkan Proaktif Menangani Kemelut Air Ini Bersama Rakyat

srimuda.blogspot.com - 25 February 2014 - 11:13am

SHAH ALAM 24 FEB: Kerajaan Selangor akan mengurangkan pelepasan air mentah ke empat loji bermula esok dan ini menyebabkan berlaku penjadualan pengagihan air kepada pengguna di beberapa kawasan di Lembah Klang.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pengurangan pelepasan air mentah daripada Empangan Sungai Selangor ini melibatkan Loji Sungai Rasa, Loji Sungai Selangor 1, 2, 3.Katanya, ini akan menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna yang menerima bekalan air daripada loji berkenaan.“Penjadualan pengagihan air sepatutnya dilaksanakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) selaku pemegang konsesi air pada minggu lalu menerusi Pelan Tindakan Kecemasan supaya pengguna membuat persiapan awal.“Namun, SYABAS sehingga kini gagal mengemukakan pembentangan pelan penjadualan pengagihan dan Kerajaan Negeri dimaklumkan SYABAS enggan berbuat demikian dan mahu menyerahkan tanggungjawab itu kepada Kerajaan Negeri,” kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan media.Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri mengarahkan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berbincang untuk membolehkan Kerajaan Negeri sekali lagi ‘step in’ dalam pengurusan air SYABAS.Katanya, penjadualan pengagihan air disebabkan pengurangan pelepasan air di empangan ini dijangka sehingga akhir Mac sekiranya keadaan cuaca panas berlanjutan seperti yang diramalkan Jabatan Meteorologi Malaysia.“Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) diarahkan proaktif membantu penduduk terjejas manakala pegawai pelaburan PBT perlu memantau kawasan industri bagi memastikan penjadualan memberi kesan minima kepada pengilang,” kata Abdul Khalid.Jelas beliau, pengurangan ini akan dilaksanakan dalam empat peringkat iaitu peringkat pertama melibatkan pengurangan sebanyak 7 peratus, kedua (10 peratus), ketiga (15 peratus), dan keempat (20 peratus).“Langkah ini terpaksa dilakukan bagi memastikan simpanan air empangan mampu bertahan sehingga akhir Mac 2014,” katanya.Abdul Khalid berkata, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan bekalan air mentah di Selangor dalam keadaan kritikal sehingga menyebabkan paras air di beberapa empangan menyusut dan mencapai paras berjaga-jaga.“Sementara itu usaha melakukan pembenihan awan akan terus dilakukan pada masa yang sesuai untuk menghasilkan hujan.“Kerajaan Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa dan berharap rakyat akan berhemah dalam penggunaan air,” katanya.EZY
selangorku
Categories: Blog ADUN

Kemeriahan Malam Seni Irama Pakatan Rakyat di Kajang

xavierjayakumar.blogspot.com - 24 February 2014 - 2:09pm
Pada 22 Februari 2014 yang lepas, Majlis Seni Irama Pakatan Rakyat telah diadakan di padang Sungai Jelok, Kajang. Berbagai-bagai persembahan telah diadakan untuk orang ramai dan dihadiri oleh para pemimpin Pakatan Rakyat.















Categories: Blog ADUN

Exco - Selangor Laksana Program Kesihatan Dari Rumah Ke Rumah

xavierjayakumar.blogspot.com - 24 February 2014 - 11:28am
PETALING JAYA 23 FEB : Kerajaan Negeri akan melaksanakan program kesihatan dari rumah ke rumah bagi mengetahui tahap kesihatan keluarga di negeri itu.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah memberi arahan untuk menghantar petugas sukarelawan bagi mengenal pasti tahap kesihatan seterusnya masalah yang dihadapi keluarga terbabit.
 Katanya, pada peringkat permulaan itu, 10 kawasan mengikut daerah dikenal pasti untuk melaksanakan program itu.
Antaranya di kawasan Desa Mentari, Lembah Subang, Rimba Jaya, Projek Perumahan Rakyat Hicom, Seri Perantau dan Bandar Sultan Suleiman.

“Kita sudah lakukan persiapan awal, kita akan lihat nisbah seorang petugas dengan keluarga. Menteri Besar minta pastikan fokus kesihatan adalah yang terbaik.

“Contohnya, bagi yang mempunyai kewangan mungkin tiada masalah tetapi bagi golongan berpendapatan rendah akan mengenepikan masalah ini.

“Melalui program ini, Kerajaan Negeri akan cepat dapat maklumat mengenai permasalahan mereka dan kita akan cuba bantu,” katanya selepas merasmikan Seminar Kesihatan Sempena Hari Kanser Sedunia 2014.

Beliau berkata selain kawasan perbandaran, program itu akan dijalankan di kawasan perumahan kos rendah dan sederhana rendah.

Rodziah turut memaklumkan kesihatan rakyat di negeri ini termasuk wanita masih berada di tahap rendah.

“Contoh wanita, kesederan itu ada tetapi mungkin disebabkan faktor kewangan. Oleh itu, Kerajaan Negeri mengamalkan konsep ‘kita bawa dan kita datang’.

Sementara itu, Rodziah berkata mengikut statistik dari 2013 hingga kini, seramai lebih 17,000 wanita mendapat pemeriksaan mammogram secara percuma.

“Setiap 100 orang, kita dapati ada satu atau dua orang yang dikenal pasti menghidap kanser, namun disebabkan masih ditahap rendah dan melakukan rawatan yang konsisten, mereka dapat dipulihkan,” katanya.
Sumber: SelangoKu
Categories: Blog ADUN

MB - RM100 Juta Rizab Negeri Bina ‘Rumah Selangorku’, Pastikan Rakyat Mampu Miliki Rumah

xavierjayakumar.blogspot.com - 24 February 2014 - 11:24am
HULU KELANG, 22 FEB: Projek ‘Rumah Selangorku’ pertama yang akan dibina di Sungai Sering, Hulu Kelang akan menggunakan RM100 juta daripada rizab Kerajaan Negeri yang berjumlah RM3 bilion.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peruntukan RM100 juta itu digunakan sebagai modal pusingan membina rumah mampu milik tanpa perlu Kerajaan Negeri membuat pinjaman bank.
 “Rumah kos rendah tidak akan diabaikan dengan pembinaannya diteruskan untuk menjaga kebajikan golongan yang kurang berkemampuan,” kata Abdul Khalid.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Pecah Tanah ‘Rumah Selangorku’ pertama di negeri itu di Taman Ukay Indah, Sungai Sering, di sini.

Abdul Khalid berkata konsep ‘Satu Keluarga, Satu Kediaman’ adalah supaya rakyat dapat memiliki rumah sendiri memandangkan harga ditawarkan pasaran membebankan golongan kurang berkemampuan.

Rumah SelangorkuKatanya, Eco World Development Sdn Bhd dilantik selaku pemantau projek itu selain bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang akan memastikan keselamatan cerun di kawasan pembinaan.

Projek pembangunan Rumah Mampu Milik pertama ini akan dibangunkan di atas tanah milik Menteri Besar Incorporated (MBI) pada keluasan 55 ekar.

Kerja pembinaan dijangka akan bermula dalam tempoh enam bulan selepas mendapat kelulusan pembangunan serta pelantikan kontraktor selesai.

Hampir 2,400 unit rumah akan dibina melalui projek perintis ini dengan keluasan 900 kaki persegi hingga 1,000 kaki persegi dengan menggunakan konsep pembinaan secara pasang siap (IBS).

“Jika ini berjaya dilakukan, pembeli rumah akan tahu nilai dan harga rumah yang dibeli dan kerajaan akan menjual pada kos pembinaan, bukannya pada kadar mendapatkan keuntungan,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata keutamaan adalah kepada yang melum memiliki rumah, pasangan baru berkahwin, memiliki anak yang ramai dan pendapatan isi rumah antara RM3,000-RM8,000.

Abdul Khalid sebelum itu menandatangani perjanjian persefahaman bersama CEO Eco World Development Sdn Bhd, Datuk Chang Khim Wah dan Pengarah Eksekutif LPHS, Norazaton Aini Mohd Kassim.

“Projek ini dengan konsep bukan sahaja Kerajaan Negeri memperuntukkan tanah tetapi wang pusingan yang dijangkakan RM100 juta dan akan digunakan dalam proses pembinaan itu.

“Untuk menentukan perjalanan projek ini dilakukan, kita telah meminta Eco World bertindak selaku pemantau projek secara telus,” kata Abdul Khalid.

MB SelangorSementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif Eco World Development, Datuk Chang Khim Wah menjangkakan projek ini dapat diselesaikan dalam masa lima tahun melalui tiga fasa pembinaan.

“Kita jangkakan pembinaan fasa pertama berjumlah 1,000 unit siap dalam masa tiga tahun,” katanya.
Sumber: SelangorKu
Categories: Blog ADUN

Pelancaran Bilik Gerakan Daerah Mengundi Taman Kajang Baru

xavierjayakumar.blogspot.com - 24 February 2014 - 11:01am
Pelancaran Bilik Gerakan Daerah Mengundi Taman Kajang Baru DUN N25 Kajang di Padang Francis Tmn Maju Satu, Tmn Kajang Baru, Sg Jelok, Kajang 23/2/2014 jam 10 malam oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.




Categories: Blog ADUN

Pelancaran & Pecah Tanah Rumah SelangorKu Taman Ukay Indah

xavierjayakumar.blogspot.com - 24 February 2014 - 10:48am
Hulu Kelang, 22 Februari 2013 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini menhghadiri majlis Pelancaran dan Pecah Tanah Rumah SelangorKu Taman Ukay Indah di Sungai Sering, Hulu Kelang.
Majlis dirasmikan oleh YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.
Usaha Kerajaan Negeri memperkenalkan projek Rumah Selangorku yang menjadi perintis ke arah perlaksanaan misi ‘Satu Keluarga, Satu Kediaman’ adalah bagi memenuhi impian golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.






Categories: Blog ADUN

Pelancaran Jentera Pilihanraya AMK Sempena PRK Kajang

xavierjayakumar.blogspot.com - 22 February 2014 - 3:01pm
Sekitar pelancaran jentera pilihan raya Angkatan Muda Keadilan untuk PRK N25 DUN Kajang oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 21 Februari 2014. Dihadiri oleh YB Dr Xavier Jayakumar dan para pemimpin Pakatan Rakyat.














Categories: Blog ADUN
Syndicate content