Blog ADUN

Kenyataan Media: Pendedahan bayaran terhadap konsultan perhubungan awam Amerika untuk menyerang Anwar – kerajaan diam membisu

niknazmi.com - 6 March 2013 - 12:07pm

Pada minggu lepas, Joshua Trevino, bekas penulis ucapan presiden Amerika Syarikat George W. Bush memfailkan rekod kepada kerajaan AS yang mengesahkan beliau dibayar oleh kerajaan Malaysia menerusi APCO Worldwide di dalam kempen mempromosi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rekod tersebut mendedahkan Trevino dibayar AS$389,724.70 oleh kerajaan Malaysia, parti pemerintah UMNO-BN ataupun kepentingan yang berkaitan. Pada Ogos tahun lepas, Trevino dipaksa meletak jawatan sebagai kolumnis di akhbar UK, the Guardian. Ini berikutan beliau tidak mengumumkan peranannya sebagai konsultan kepada FBC Media, di mana beliau menulis memuji tentang ciri-ciri ‘kesederhanaan’ Najib.

Pada 2011, Najib mengakui bahawa kerajaan membayar RM94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010. FBC turut membayar AS$70,000 kepada APCO Worldwide untuk melobi kerajaan AS mewakili pentadbiran Najib. Apabila skandal pembayaran dan pengaturan berita ini didedahkan, BBC dan CNBC menamatkan kontrak FBC kerana melanggar etika kewartawanan.

Ironisnya, ketika UMNO-BN terus-menerus menyerang Anwar sebagai pro-Israel di dalam propaganda dalam negara, Trevino dan konsultan-konsultan lain bekerja keras untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara.

Najib perlu menjawab persoalan-persoalan berikut yang timbul daripada skandal ini:

a) Berapa banyakkah wang rakyat yang dibayar kerajaan kepada konsultan perhubungan awam, khususnya luar negara untuk menulis bahan-bahan anti-Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim?

b) Selain daripada APCO di AS dan FBC di UK, di manakah lagi BN melantik konsultan untuk menyerang pembangkang?

c) Siapakah yang terlibat di dalam perlantikan dan koordinasi konsultan-konsultan ini?

d) Apakah arahan yang diberikan kepada konsultan-konsultan ini mengenai bahan-bahan berkaitan Anwar Ibrahim memandangkan kebanyakan kerja yang dibuat adalah menyerang Anwar semata-mata?

e) Adakah kerajaan sedar bahawa ramai konsultan yang dilantik terkenal dengan pandangan ekstrem dan anti-Islam mereka, yang menghina Islam, Ikhwanul Muslimin dan umat Islam di Amerika?

f) Adakah kerajaan sedar bahawa konsultan-konsultan yang dilantik adalah penyokong tegar Israel yang menentang hak rakyat Palestin?

Najib mestilah menjawab perkara ini dengan pilihan raya yang bakal tiba. Meskipun Najib terus membelanjakan jutaan ringgit wang rakyat bagi tujuan propaganda dan fitnah, beliau terus menolak gesaan Anwar untuk perbahasan polisi bagi kepentingan rakyat Malaysia.

Categories: Blog ADUN

Media Statement: Government’s deafening silence on disclosure that it paid US PR consultants to attack Anwar

niknazmi.com - 6 March 2013 - 12:01pm

Last week former president George W. Bush’s speechwriter Joshua Trevino submitted records to the US Government establishing that he was paid by the Malaysian government through APCO Worldwide in a campaign promoting Datuk Seri Najib Razak’s administration while attacking Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Trevino’s filings exposed that he received US$389,724.70 from the Malaysian government, the ruling UMNO-BN party or closely-related interests. In August last year, Trevino was forced to resign as a columnist from the UK newspaper, the Guardian after he did not declare his role as a consultant to FBC Media, for which he wrote a piece lauding Najib’s moderate credentials.

In 2011, Najib admitted that the government paid RM94 million to FBC Media from 2007 to 2010. FBC has also paid US$70,000 to APCO Worldwide to lobby the US government on behalf of Najib’s administration. When the news-fixing scandal was exposed, BBC and CNBC terminated FBC’s contracts for breaching journalistic ethics.

Ironically while UMNO-BN continues to paint Anwar as pro-Israel in its domestic propaganda, Trevino and the other consultants worked hard to paint Anwar as anti-Israel abroad.

Najib has to answer the following questions that arise from this scandal:

g) How much tax-payers’ money has his administration paid PR consultants, particularly overseas to write anti-Pakatan Rakyat and Anwar Ibrahim pieces?

h) Other than APCO in the US and FBC in the UK, where else has the BN paid PR consultants to damage the opposition’s image?

i) Who is involved in the hiring and coordinating with the PR consultants?

j) What instructions are given with regards to how the consultants deal with Anwar Ibrahim as the bulk of the work being done by the consultants are solely about attacking Anwar?

k) Is the government aware that many of the consultants hired are known for their extreme right-wing and Islamophobic views, who deride Islam, the Muslim Brotherhood and American Muslims?

l) Is the government aware that many of the consultants hired are staunch and avid supporters of Israel to the detriment of the Palestinians?

With the election around the corner it is time Najib comes clean on the matter. It is significant that while Najib continues to spend millions of the taxpayers’ money for spin and propaganda, he continues to evade Anwar’s call for a policy debate for the benefit of the Malaysian voters.

Categories: Blog ADUN

Kenyataan Media: Tekanan Terhadap Forum Politik UM – Mana Transformasi Najib?

niknazmi.com - 19 February 2013 - 3:58pm

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa pihak Universiti Malaya ditekan agar membatalkan forum pilihan raya yang sepatutnya turut membariskan ahli politik Pakatan dan BN.

Berita ini membuktikan slogan transformasi Perdana Menteri Najib Razak cumalah retorik kosong semata-mata.

Forum yang membincangkan sama ada Pakatan atau BN akan menang dalam pilihan raya akan datang ini dianjurkan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (UMCEDEL).

Pengarah UMCEDEL Mohammad Redzuan Othman memaklumkan bahawa beliau menerima SMS untuk membatalkan program tersebut, dan arahannya datang daripada Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Ketika pelbagai badan politik, NGO dan media mengadakan wacana-wacana yang segar di luar kampus, kampus menjadi lesu kerana pelbagai sekatan oleh UMNO-BN.

Forum ini diadakan juga pada hari ini tanpa penglibatan ahli politik. Ahli-ahli politik yang dijemput adalah Nurul Izzah Anwar dan Husam Musa daripada Pakatan dan Saifuddin Abdullah dan P Kamalanathan daripada BN.

Ironisnya Saifuddin Abdullah sendiri merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang turut dilantik oleh Perdana Menteri.

Najib selaku Perdana Menteri ‘transformasi’ yang turut melantik Saifuddin ke jawatan beliau harus tampil dengan jawapan mengenai insiden ini yang sekali lagi menjadi tamparan hebat kepada kebebasan akademik di universiti.

Categories: Blog ADUN

Kenyataan Media: Rakaman video menggambarkan keganasan UMNO menghalang ceramah KEADILAN di Sri Stulang, Johor Bahru

niknazmi.com - 22 January 2013 - 3:34pm

Sebagaimana ramai maklum, pada 15 Januari yang lalu, saya bersama Tan Poh Lai, Ketua Cabang KEADILAN Johor Bahru dan rombongan yang lain telah berhadapan keganasan UMNO ketika cuba mengadakan ceramah di Flat Sri Stulang, Johor Bahru.

Hari ini kami tampil dengan 3 rakaman video insiden tersebut.

Kami pada mulanya tiba sekitar jam 8.30 malam dan berjalan ke flat apabila dihalang kumpulan berpakaian baju UMNO / BN. Mereka enggan membenarkan kami masuk ke dalam sekalipun program kami telah dirancang terlebih awal. Mereka turut mengeluarkan makian dan kata-kata kesat terhadap kami.

Selepas berbincang dengan pihak polis, maka kami berundur sementara untuk menunggu keadaan reda. Kemudian kami cuba masuk dengan kenderaan kami ke perkarangan flat menerusi pintu satu lagi. Kini kami dihalang anak-anak muda berbaju UMNO yang kemudian memanggil kumpulan pertama. Kami cuba masuk dengan berjalan kaki tetapi terus dihalang dan saya turut ditendang (rujuk video a).

Kami kemudian keluar daripada tempat kejadian, sekalipun cuba dihalang beberapa orang UMNO-BN (rujuk video b) dan terus membuat laporan polis di Balai Polis Majidee Johor Bahru.

Kemudian dengan ditemani teman-teman daripada KEADILAN Pasir Gudang dan Gelang Patah serta PAS bersama-sama pihak polis, kami masuk semula ke tapak ceramah untuk mengambil peralatan ceramah.

Saya telahpun dihubungi pegawai penyiasat kes ini. Saya akan bekerjasama dengan pihak polis untuk siasatan lanjut. Saya berharap pimpinan tertinggi UMNO – Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO, YB Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO dan YB Tan Sri Shahrir Samad selaku Ahli Parlimen Johor Bahru dapat menyatakan dengan jelas pendirian mereka menolak budaya samseng dalam politik.

Rakaman video


(Video a: Di pintu masuk kedua Flat Sri Stulang di mana kenderaan kami dihalang dan ditendang, dan kemudian rombongan kami dihalang dan saya ditendang lelaki di dalam baju BN berwarna biru)


(Video b: Kami terus dihalang beberapa individu ketika kami cuba meninggalkan kawasan tersebut)


(Video c: Kami mengambil peralatan ceramah dengan diiringi pihak polis selepas membuat laporan polis)

Categories: Blog ADUN

Esei saya di Suara Keadilan: Debat bukan budaya kita?

niknazmi.com - 21 January 2013 - 2:15pm

Baru-baru ini saya menghadiri satu pertemuan semula pasukan perbahasan Bahasa Melayu Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) saya. Memang seronok bertemu sahabat-sahabat lama tetapi pertemuan ini istimewa memandangkan betapa rapatnya kami.

Kami memenangi Piala Perdana Menteri dan Piala Dato’ Shukor Abdullah pada tahun 1999. Kami merupakan pasukan MCKK keempat yang memenangi Piala Perdana Menteri. Pasukan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah memenanginya pada 1980 sementara Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli sebahagian daripada pasukan yang memenanginya dua kali pada 1992 dan 1993.

Pertemuan tersebut mengingatkan saya keengganan Perdana Menteri Najib Razak untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Pada bulan Jun tahun ini, Najib membalas cabaran Anwar untuk berdebat dengan mengatakan:

“Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.

“Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan.

“Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manifesto masing-masing bila sampai pada masanya.”

Bukankah ironis ketika mana Perdana Menteri mendakwa perdebatan bukanlah budaya kita namun, bapanya, Abdul Razak Hussein telah mengasaskan Piala Perdana Menteri sebagai kejohanan perdebatan terunggul sekolah berasrama penuh di sekolah lamanya MCKK pada 1974?

Malah, Kementerian Pelajaran menyatakan bahawa tujuan kejohanan ini ialah untuk memupuk kepimpinan yang dinamik dan cerdas di sekolah berasrama penuh.

Nampaknya Perdana Menteri ada masalah dengan sesiapa yang tidak bersetuju dengannya.

Najib tidak teragak-agak menyerang Anwar, atau menggunakan kuncu-kuncunya untuk menyerang Anwar – asalkan mantan Timbalan Perdana Menteri tersebut tidak dapat membalasnya. Namun bila Najib ada peluang untuk berhadapan dengan Anwar secara langsung, seperti ketika Anwar membahaskan bajet 2013 di Parlimen; beliau tidak hadir.

Ketua Pembangkang hadir ketika Perdana Menteri membentangkan bajetnya, namun Najib dan hampir keseluruhan kabinetnya tidak hadir ketika tiba giliran Anwar. Jika Anwar benar-benar seorang Menteri Kewangan yang teruk dan gagal menguruskan negara dengan baik, mengapa Najib dan kabinetnya tidak dapat sekurang-kurangnya hadir penuh untuk bangun menyoal Anwar?

Malah, jika Anwar benar-benar bukan faktor dalam politik Malaysia, inilah peluang untuk Najib mendedahkannya. Satu-satunya kali siaran langsung Anwar dibuat di televisyen nasional sejak pemecatannya ialah ketika beliau berdebat dengan Shabery Cheek mengenai kenaikan harga minyak pada 2008. Namun adalah agak tidak adil buat Shabery, yang hanya merupakan menteri kabinet untuk dipaksa berdebat dengan Ketua Pembangkang. Mengapa ketua parti dan kerajaannya tidak mengambil tanggungjawab berhadapan Anwar secara langsung?

Jika debat bukan budaya kita, mengapa debat harga minyak ketika itu dibenarkan pula? Bagaimana pengkritik-pengkritik perdebatan menerangkan tradisi perdebatan yang unggul di dalam Parlimen sejak zaman Dr Burhanuddin al-Helmy, Dr Zulkifly Mohamad, Ahmad Boestamam and Dr Tan Chee Khoon?

Jika debat bukan budaya kita, mengapa Chua Soi Lek berdebat dengan Lim Guan Eng? Mengapa Khairy Jamaluddin berhadapan dengan Rafizi? Mengapa Wacana Sinar yang menampilikan wakil Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mendapat sambutan hebat daripada orang ramai?

Hakikatnya, rakyat mahukan pimpinan yang mampu berdebat dan berhujah. Orang ramai mungkin mengetahui mengenai Perdebatan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, namun debat kini dianggap sebahagian daripada budaya demokrasi: United Kingdom, Mesir, Indonesia dan Jepun, antara lain, mempunyai acara debat ketika pilihan raya.

Pada Mac, badan kajian pandangan umum Merdeka Center melaporkan 54 peratus rakyat Malaysia, termasuk sejumlah 75 peratus pengundi muda Melayu mahukan perdebatan Anwar-Najib diadakan. Di kalangan pengundi di atas pagar, 62 peratus mahukan mereka berdebat untuk membantu mereka memutuskan siapakah pemimpin terbaik Malaysia.

Ini mengembalikan saya kepada perdebatan sekolah. Baru-baru ini kita menyaksikan ADUN Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim dikenakan denda RM1,000 kerana mengeluarkan kenyataan seksis di Dewan Negeri Selangor, apabila beliau meminta Exco Kerajaan Negeri Elizabeth Wong “jangan sampai terlupa jaga hutan sendiri.”

Pada 2007, Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin dikritik ramai apabila ketika beliau memberi respons kepada kritikan bumbung Parlimen yang sering bocor, beliau menyatakan bahawa Fong Po Kuan, Ahli Parlimen Batu Gajah juga ‘bocor’ tiap-tiap bulan.

Ketika saya turut serta di dalam perbahasan menyokong usaha mengenakan denda terhadap Isa yang menyebut bahawa saya tidak pernah berhadapan kenyataan yang sebegitu jelek dan memualkan ketika saya berbahas di sekolah dahulu. Nyata sekali, kenyataan sebegitu bukan budaya kita.

Saya teringat ramai pembahas mempunyai cita-cita untuk menjadi ahli politik ketika di sekolah dahulu, tetapi mungkin ahli politik seperti ini yang boleh belajar satu atau dua perkara daripada pembahas-pembahas sekolah?

Categories: Blog ADUN

My essay in the Malay Mail: Debate is not part of our culture?

niknazmi.com - 25 December 2012 - 8:34pm

I recently attended a reunion of my Malay College Kuala Kangsar (MCKK) Bahasa Malaysia debating team.

It’s always good to see old friends again but this gathering was extra special given what a closely-knit group we were.

We won the Prime Minister’s Trophy in 1999, being the fourth MCKK BM team to do so.

The team which featured Deputy Higher Education Minister Datuk Saifuddin Abdullah won it in 1980 while PKR strategic director Rafi zi Ramli was part of the MCKK team which won it twice in 1992 and 1993.

The gathering reminded me of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s refusal to debate Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

In June, Najib responded to Anwar’s challenge to debate saying:

“We will look at the situation. If there needs to be a debate between the leaders, then a debate will be held.

But it is not part of our political culture as a whole.

“Most importantly the rakyat has adequate information (in) making a decision.

“And we will provide political parties the opportunity to broadcast their respective manifestos when the time comes.”

It strikes me as ironic that while the prime minister claims debates are not part of our culture, his father, Tun Abdul Razak Hussein, had established the Prime Minister’s Trophy as a debating contest for fully-residential schools in 1974 at his alma mater, MCKK.

Najib has no qualms attacking Anwar. Yet, when Najib had the opportunity to confront Anwar directly, he did not show up.

The opposition leader was present when the prime minister unveiled the budget, but Najib and almost the entire cabinet were absent when it was Anwar’s turn.

If Anwar was such a bad finance minister, why didn’t they at least turn up in full force to hold Anwar to account?

In fact, if Anwar truly is not a factor in Malaysian politics, now is the chance for Najib to expose this.

The only time Anwar was allowed to be live on national television since his removal was when he debated Youth and Sports Minister Datuk Shabery Cheek on the oil price hike in 2008. But it was quite unfair for Shabery, to be forced to debate the opposition leader.

If debate is not part of our culture, then why did that debate take place in the first place?

How do these critics of debates explain our Parliament’s robust tradition of debate from the times of Dr Burhanuddin al-Helmy, Dr Zulkifly Mohamad, Ahmad Boestamam and Dr Tan Chee Khoon?

If debate is not part of our culture, then why did Datuk Seri Dr Chua Soi Lek debate Lim Guan Eng?

The truth is, Malaysians want their leaders to debate and deliberate. While the world might focus on the US presidential debates, it is now widely accepted as part and parcel of democracies: the United Kingdom, Egypt, Indonesia and Japan, among others, all have debates.

In March, the Merdeka Center reported that 54 per cent of Malaysians, including an overwhelming 75 per cent of young Malay voters want an Anwar-Najib debate to be held.

Among fence-sitters, 62 per cent of them want a debate to help them decide on which leader is best for Malaysia.

This brings me back to school debates. Recently we saw Batang Kali Assemblyman Mohd Isa Abu Kasim slapped with a RM1,000 fine for uttering a sexist remark in the Selangor State Assembly, when he asked executive councillor Elizabeth Wong to jangan sampai terlupa jaga hutan sendiri (not to forget to mind her own forest).

In 2007, Kinabatangan MP Datuk Bung Mokhtar Radin attracted condemnation when, in response to criticism on the Parliament’s frequent roof leaks, stated that Batu Gajah MP Fong Po Kuan too “leaked” every month.

When I took part in the debate in support of the motion to fine Isa I recalled that I never encountered such crude, disgusting remarks while I was debating for my school. Such language is certainly not part of our culture.

I remember many debaters had ambitions to be politicians while they were at school, but maybe it is politicians like these that could learn a thing or two from school debaters?

Categories: Blog ADUN

Kenyataan Media YB Rodziah – Suruhanjaya Tenaga Harus Dedah Segera Hasil Siasatan

rodziahismail.com - 10 August 2011 - 2:53pm
Berhubung isu kematian adik Muhammad Naquiddin bin Mohd Marzuki akibat terkena renjatan elektrik sewaktu bermain di sebuah padang permainan di Taman Batu Tiga, Shah Alam pada 19 Mac 2011 yang lalu, saya selaku ADUN bagi kawasan Batu Tiga telah mengadakan satu perjumpaan dengan pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pada 9 Ogos 2011. Saya mengambil [...]
Categories: Blog ADUN

Majlis Penyampaian Sumbangan Masjid & Surau DUN Batu Tiga

rodziahismail.com - 2 August 2011 - 12:39pm
Majlis Penyampaian Sumbangan Masjid & Surau DUN Batu Tiga bagi tahun 2011 telah diadakan pada Sabtu,  30 Julai 2011 yang lalu bertempat di Surau Al-Husna, Seksyen 20, Shah Alam. Dalam majlis tersebut, sebanyak 42 masjid dan surau yang terdapat di dalam kawasan DUN batu Tiga telah menerima sumbangan sebanyak RM1,000.00 bagi setiap masjid/surau yang disumbang oleh [...]
Categories: Blog ADUN

Berita YB Rodziah – Baucar RM100 Amat Berharga Buat Warga Emas

rodziahismail.com - 30 July 2011 - 11:52pm
SHAH ALAM 30 JULAI : Pemberian baucar membeli belah bernilai RM 100.00 walaupun dilihat kecil oleh sesetengah pihak, namun ianya sangat berharga kepada golongan warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan. Kenyataan ini sekaligus menafikan pemberian Kerajaan Negeri Selangor melalui program ‘Jom Shopping’ yang disifatkan sebagai ‘gula-gula’ dan mengaburi mata rakyat tanpa [...]
Categories: Blog ADUN

Kenyataan Media YB Rodziah – Selangor Tolak Diskriminasi Gender

rodziahismail.com - 13 July 2011 - 9:27pm
Kerajaan Negeri Selangor bersikap tidak toleran terhadap diskriminasi gender. Ciri masyarakat madani yang berintipatikan layanan yang saksama berasaskan perlembagaan adalah pengiktirafan terhadap hak seseorang individu, tanpa mengira lelaki ataupun wanita. Justeru, Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik keputusan Hakim Zaleha Yusof di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 12 Julai 2011 yang memberikan keadilan kepada Noorfadilla Ahmad Saikin dalam kes [...]
Categories: Blog ADUN

Hebahan – Program Semarak Ramadhan PKW DUN Batu Tiga

rodziahismail.com - 12 July 2011 - 4:59pm
Pusat Komuniti Wanita (PKW) DUN Batu Tiga dengan kerjasama Unit Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Shah Alam dan Wanita JIM Petaling akan menganjurkan program “SEMARAK RAMADHAN”, yang mana butirannya adalah seperti berikut: Tarikh: 16 Julai 2011 (Sabtu) Tempat: PKW DUN Batu Tiga, Seksyen 24, Shah Alam Masa: 8.30 pagi – 1.00 petang Aktiviti: Motivasi, pemeriksanaan kesihatan, kuiz, cabutan bertuah, [...]
Categories: Blog ADUN

Sidang Media Wanita Keadilan – Umno sendiri gagal sasar kuota 30 peratus wanita

rodziahismail.com - 29 June 2011 - 4:14pm
PETALING JAYA: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai ketetapan 30 peratus kuota wanita dalam sektor swasta menunjukkan  negara masih ketinggalan dari segi kesamarataan dan keadilan gender. Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, ia dibuktikan apabila Umno sendiri gagal meletakkan sasaran 30 peratus wanita dalam kerusi Majlis Pimpinan [...]
Categories: Blog ADUN

Selangor mulls Internet TV for rural homes

rodziahismail.com - 29 June 2011 - 10:25am
Source: Malaysiakini With RM35 million put into IPTV technology, TV Selangor can now be broadcast to rural areas, says exco Rodziah Ismail. The Selangor government yesterday discussed the possibility of providing Internet protocol television (IPTV) technology to rural homes in a bid to get the state’s message to the rural areas. NONEPresenting this idea at the Selangor 2012 [...]
Categories: Blog ADUN

Perlantikan Noraini Bukti Selangor Iktiraf Wanita

rodziahismail.com - 17 June 2011 - 12:17pm
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Selangor, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Noraini Roslan yang baru dilantik menjadi Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MKDS) berkuatkuasa 1 Julai 2011. Saya berkeyakinan beliau mampu memikul tanggungjawab ini dengan cemerlang berasaskan pengalaman luasnya selama lebih 20 tahun sebagai pengarah perancang beberapa pihak berkuasa tempatan [...]
Categories: Blog ADUN

Kenyataan Media: UMNO Tandus Idea, Bertenggek di atas Buku Jingga

rodziahismail.com - 14 June 2011 - 9:43am
Pemansuhan tol merupakan agenda utama Pakatan Rakyat seperti mana yang terdapat di dalam Buku Jingga, termasuklah pemansuhan Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau. Semenjak pilihan raya umum  2008 dahulu, saya selaku ADUN Batu Tiga telah menjadikan isu pemansuhan Tol di Sungai Rasau sebagai salah satu agenda utama di Shah Alam. Bagi mencapai hasrat tersebut, saya telah [...]
Categories: Blog ADUN

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2010

rodziahismail.com - 26 May 2011 - 3:36pm
Pada 17 Mei 2011 yang lalu, DUN Batu Tiga telah menganjurkan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2010 dan Sambutan Hari Guru 2011, bertempat di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam. Majlis ini diadakan bertujuan memberikan penghargaan kepada para pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM bagi tahun [...]
Categories: Blog ADUN

Sambutan Hari Ibu DUN Batu Tiga

rodziahismail.com - 26 May 2011 - 2:29pm
DUN Batu Tiga telah menganjurkan Sambutan Hari Ibu pada 17 Mei 2011 yang lalu, bertempat di Pusat Komuniti Wanita (PKW) DUN Batu Tiga, Seksyen 24, Shah Alam. Seramai kira-kira 80 orang para ibu dari seluruh kawasan DUN Batu tiga telah hadir menjayakan program ini. Program yang dimulakan seawal jam 8.30 pagi ini mengandungi beberapa aktiviti menarik, [...]
Categories: Blog ADUN

Kenyataan Media – Operasi Pemutihan Rumah Jagaan di Selangor

rodziahismail.com - 24 May 2011 - 3:04pm
Berhubung  kejadian tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat pada 21 Mei lalu, saya selaku EXCO Kebajikan Negeri Selangor akan mula menjalankan operasi pemutihan rumah-rumah perlindungan dan kebajikan yang terdapat di Selangor. Operasi pemutihan ini kita namakan ‘Operasi Selangor [...]
Categories: Blog ADUN
Syndicate content