Feed aggregator

Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei

xavierjayakumar.blogspot.com - 24 April 2014 - 11:33am
Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang akan diadakan pada 25 Mei ekoran kematian penyandangnya dari DAP, Karpal Singh.

Manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 12 Mei, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini.

Karpal yang mewakili kerusi tersebut sejak tahun 2004, meninggal dunia dalam kemalangan berhampiran Kampar pada 17 April lalu.
Ini merupakan pilihan raya kecil keempat selepas pilihan raya umum lalu, yang akan menelan belanja RM 1.9 juta.

Parlimen Bukit Gelugor mempunyai 82,351 pengundi. Karpal menang dengan majoriti lebih 42,000 undi dalam pilihan raya umum lalu.

Sumber: MalaysiaKini
Categories: Blog ADUN

Anwar Yakin Beliau Akan Dipenjarakan Kerana Dakwaan Meliwat

xavierjayakumar.blogspot.com - 24 April 2014 - 11:29am
Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau akan dipenjarakan bahkan mungkin lebih lama daripada tempoh lima tahun sebagaimana yang diputuskan ekoran kes liwatnya kerana mendakwa proses mahkamah terlalu bias terhadapnya.

Atas dasar itu, ketua umum PKR itu mendedahkan pemimpin negara luar termasuk bekas naib presiden Amerika, Al Gore dan presiden Irish Mary Robinson menasihatkan beliau semasa kunjungannya ke  London baru-baru ini agar tidak pulang ke Malaysia dan masuk penjara.

Beliau juga berkata, keengganan Pendaftar Mahkamah Persekutuan semalam memberikan waktu tambahan untuk memfailkan petisyen rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Rayuan adalah cubaan terakhir yang terpaksa beliau hadapi.
Hari terakhir untuk memfailkan petisyen itu adalah hari ini (Khamis).

Menyifatkan penolakan itu sebagai penyalahgunaan proses kehakiman, Anwar berkata ia jelas satu lagi testimoni bahawa mahkamah dipergunakan pemimpin Umno untuk mengganggu beliau.

"Ia sudah pasti satu gangguan dan penyalahgunaan proses (mahkamah)," katanya.

"Saya hanya menunggu masa dan saya tidak tahu berapa lama masa saya ada.

"Sebulan, dua bulan sebelum mereka menghantar saya ke penjara," kata Anwar, yang berada di Kuching bagi berucap dalam himpunan Reformasi 2.0 malam tadi.

Anwar juga menceritakan gangguan yang didakwa terpaksa beliau hadapi ketika rayuan didengar di Mahkamah Rayuan.

Beliau mendakwa, mahkamah mempercepatkan rayuannya sebulan untuk menyesuaikannya dengan tarikh pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Anwar dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) di PRK DUN Kajang pada 23 Mac lalu selepas ia dibuat berikutan perletakan jawatan mengejut Adun, Lee Chin Cheh pada 27 Januari.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan membuat keputusan segera apabila menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar dengan memutuskan Anwar bersalah dan tidak layak untuk bertanding.

Isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail kemudiannya bertanding menggantikan beliau sebagai calon PR.

Ketua Biro Undang-undang PKR, Latheefa Koya semalam berkata, walaupun tarikh akhir hari ini, pendaftar Mahkamah Persekutuan mengarahkan Anwar memfailkan permohonan rasmi, termasuk notis permohonan, bagi mendapatkan masa yang lebih untuk memfailkan asas rayuannya.

Karpal Singh yang merupakan ketua peguam Anwar sepatutnya memfailkan rayuan ini.

Namun Karpal bersama pembantunya mati dalam satu kemalangan tragik Khamis lepas.

Latheefa menyifatkan penolakan mahkamah itu sebagai satu tindakan tidak bertoleransi dan kurang simpati serta memahami terhadap apa yang berlaku kepada Karpal.

Anwar dalam pada itu berkata, ketua pasukan peguam beliau yang baru, Datuk Sulaiman Abdullah tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk "mengkaji semua fail dan nota."

"Ia nampak semacam Mahkamah Persekutuan tergesa-gesa dalam rayuan ini dan ia boleh dilihat dalam kegagalannya memberikan tambahan masa," kata Latheefa.

Apa yang berlaku kepadanya menyebabkan Anwar memberikan amaran kepada semua pemimpin pembangkang bahawa mereka juga akan mengalami nasib yang sama seperti beliau.

Katanya, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Naiib Razak "menyalahgunakan peguam negara dan sistem kehakiman", pemimpin pembangkang seperti Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Pandan yang juga Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke dan Adun Batu Buruk, Terengganu, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi "tersenarai sebagai mereka yang didakwa dan akan dipenjarakan".

Sumber: TheMalaysianInsider
Categories: Blog ADUN

Ketibaan YB Azmin Ali di Kota Kinabalu disambut ribuan penyokong.

xavierjayakumar.blogspot.com - 24 April 2014 - 11:17am
Berikut adalah foto-foto sekitar ketibaan di Kota Kinabalu:










Categories: Blog ADUN

Mengunjungi Sahabat-sahabat KEADILAN di Sarawak

xavierjayakumar.blogspot.com - 24 April 2014 - 11:06am
Berikut adalah foto-foto sekitar kunjungan ke Sarawak, delegasi yang diketuai YB Azmin Ali:




Categories: Blog ADUN

Sekitar Program Himpunan Bersama Pemimpin

xavierjayakumar.blogspot.com - 24 April 2014 - 10:55am
Berikut adalah foto-foto sekitar Program Bersama Pemimpin pada 19 April lepas:











Categories: Blog ADUN

Program Tahun Baru Tamil DUN Seri Andalas

xavierjayakumar.blogspot.com - 24 April 2014 - 10:54am
Berikut adalah foto-foto sekitar program Tahun Baru Tamil yang diadakan di DUN Seri Andalas pada 21 April lepas:
















Categories: Blog ADUN

Kenyataan Media:Peruntukkan RM10 Juta Bina Infrastuktur Untuk Pam Air Ke Sungai Selangor

srimuda.blogspot.com - 23 April 2014 - 4:39pm
KENYATAAN MEDIA23 APRIL 2014PERUNTUKKAN RM10 JUTA BINA INFRASTRUKTUR UNTUK PAM AIR KE SUNGAI SELANGOR 
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri  (MMKN) hari ini meluluskan peruntukkan sebanyak RM10 juta bagi membina infrastruktur bagi kerja-kerja mengepam air dari bekas lombong atau kolam sekitar Lembangan Sungai Selangor ke Sungai Selangor.
Peruntukkan ini termasuk membeli pam-pam berkeupayaan tinggi bagi memastikan kerja-kerja pengepaman ini memberi kesan maksima dan mampu meningkatkan paras air di Sungai Selangor.
Infrastruktur ini juga akan digunakan bagi mengepam air Sungai Selangor ke kolam takungan apabila paras air sungai mencapai paras normal sebagai persediaan menghadapi musim kering berlanjutan yang diramal akan berlaku antara akhir Mei sehingga September tahun ini.
Setakat jam 8 pagi ini, paras air di Empangan Sungai Selangor masih berada di bawah paras kritikal iaitu 38.97 peratus dengan jumlah takungan 89.63 juta liter padu.
Walaupun empangan lain terus menunjukkan peningkatan melebihi paras 50 peratus namun empangan-empangan ini hanya membekalkan sebahagian kecil air kepada penguna berbanding Empangan Sungai Selangor yang membekalkan kira-kira 60 peratus keperluan pengguna di Lembah Klang.
Seperti yang telah diumumkan semalam, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti usaha-usaha untuk menambah bekalan air mentah dan sekiranya hasilnya positif, kita bersedia untuk mengkaji semula pelan catuan air yang telah dimulakan sejak Mac lalu.
Kita berharap rakyat terus bersabar dan memberi kepercayaan kepada Kerajaaan Negeri dalam menyelesaikan masalah ini termasuklah usaha kita membuat persiapan awal bagi memastikan simpanan air mentah mencukupi dalam  menghadapi musim kering yang dijangka berlanjutan antara lima hingga enam bulan. 
Kerajaan Negeri akan mengadakan sidang akhbar setiap dua hari sekali untuk memaklumkan perkembangan semasa bekalan air mentah bermula pada Jumaat ini yang akan dikendalikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, YB Dr Yunus Hairi,  Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).
YAB TAN SRI  DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIMDATO' MENTERI BESAR SELANGOR
Categories: Blog ADUN

Keprihatinan Yb Dr Rani disana sini.

khidmatmeru.blogspot.com - 23 April 2014 - 4:31pm




Keluarga Puan Mahanom 68 tahun dan En Rajentheran 55 tahun berasa gembira diatas keprihatinan Yb Dr Rani mengunjungi kediaman mereka dan memberi sumbangan kerusi roda , sedikit dana dan ubatan bagi mengurangkan bebanan kehidupan mereka.Sila layari http://khidmatmeru.blogspot.com/
Categories: Blog ADUN

Mengagihkan sumbangan dana drp Kerajaan Negeri Selangor kepada wakil2 Pemadam.

khidmatmeru.blogspot.com - 23 April 2014 - 3:50pm








Yb Dr Hj Abd Rani selaku Pengerusi PEMADAM N.SELANGOR mengagihkan sumbangan dana daripada Kerajaan Negeri Selangor kepada wakil2 Pemadam diperingkat Daerah dan memberi taklimat terkini kepada mereka berhubung aktiviti2 dan halatuju Pemadam selaku NGO yang aktif dalam pencegahan dadah ini.Sila layari http://khidmatmeru.blogspot.com/
Categories: Blog ADUN

TPPA Merupakan Agenda Obama Ke Malaysia

srimuda.blogspot.com - 23 April 2014 - 9:55am



Putrajaya mengakui Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) antara agenda utama yang akan dibincangkan dalam lawatan tiga hari Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia hujung bulan ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bagaimanapun menegaskan tiada sebarang persetujuan akan ditandatangani semasa lawatan tersebut.

"Sudah pasti ia menjadi agenda utama yang akan dibincangkan," kata Mustapa semasa taklimat dengan media di pejabatnya hari ini.

"Tapi tiada sebarang perjanjian akan ditandatangani."

Mustapa menolak sama sekali khabar angin mengatakan lawatan Obama ke Malaysia bertujuan untuk memberi tekanan kepada Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan kontroversi itu.

Menurut Mustapa, beberapa perkara berbangkit masih lagi dalam perbincangan dan belum dimuktamadkan.
TPPA merupakan inisiatif membentuk kawasan perdagangan bebas (FTA) di kalangan 12 negara yang berjumlah 800 juta penduduk dan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Malaysia menyertai TPPA sebagai anggota perunding penuh pada pusingan ke-3 yang diadakan di Brunei pada Oktober 2010 lalu.

Rundingan terakhir diadakan di Singapura pada Februari lalu tetapi keputusan muktamad masih buntu setakat ini.

Kontroversi TPPA mendapat perhatian banyak pihak, antaranya kumpulan sivil, pertubuhan bukan kerajaan dan juga pembangkang.

Lawatan ini akan digunakan sebaiknya untuk Malaysia berkongsi pandangan mengenai halangan yang dihadapi dalam perjanjian tersebut, kata Mustapa.

"Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib akan berkongsi halangan yang kita hadapi dalam perbincangan ini dengan Obama. Itu sahaja yang boleh saya katakan," kata beliau.

Kali terakhir Malaysia menerima lawatan Presiden Amerika Syarikat ialah pada 1966, oleh Presiden Lyndon Johnson.

Mustapa berkata beberapa isu berbangkit masih lagi belum diselesaikan dan memberi jaminan kajian manfaat kos TPPA akan dibentangkan sebelum sebarang perjanjian tersebut dimuktamadkan.

"PM mengarahkan ia dibincang ke Parlimen. Kami akan bawa ia ke Parlimen," kata Mustapa.
Analisis itu, terbahagi kepada dua seksyen, dilaksanakan oleh Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Jabatan Perdana Menteri.

Beberapa halangan dikenalpasti dalam perbincangan TPPA, menurut Mustapa, beberapa perkara yang masih menjadi pertikaian antaranya mengenai polisi, isu perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan agenda Bumiputera.

"Isu-isu umum dan melibatkan orang awam masih lagi dibincangkan," kata Mustapa.

Termasuk Malaysia, 12 negara lain yang terlibat dalam rundingan rahsia TPPA adalah AS, Australia, Brunei, Chile, New Zealand, Peru, Singapura, Jepun, Vietnam, Mexico dan Kanada.

Peningkatan bantahan beberapa badan bukan kerajaan termasuk Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) terhadap TPPA menyebabkan Putrajaya mengambil keputusan menangguhkan sebarang keputusan muktamad sehingga selesai dua analisis kos manfaat terhadap kesannya ke atas kebajikan nasional dan industri kecil dan sederhana Bumiputera. – 22 April, 2014.
Categories: Blog ADUN

Adun Sri Muda Bidas Menteri Belia & Sukan

srimuda.blogspot.com - 22 April 2014 - 10:57am
SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafie menasihati Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin agar fokus kepada menangani masalah bola sepak yang dakwanya tercorot di dunia bukannya menyibuk dalam isu catuan air Selangor.Semua pihak termasuk Khairy perlu akur bahawa masalah bekalan air di Selangor berlaku akibat musim kemarau dan ia di luar kawalan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor, tegas Shuhaimi."Atasi masalah bola sepak negara yang merudum, yang turun ke peringkat paling corot dalam dunia pada ketika ini."Isu air ini biarlah menteri-menteri lain urus dan kalau menteri Tenaga yang cakap saya boleh terima tetapi menteri belia yang cakap tak usahlah memancing kepentingan politik dalam keadaan semasa ini kerana ia tidak membantu," katanya kepada Antarapos baru-baru ini.Khairy baru-baru ini mendesak agar kerajaan negeri menghantikan pemberian air secara percuma kepada rakyat sebaliknya fokus kepada bagaimana mahu memastikan bekalan air di Selangor kembali pulih.Shuhaimi meminta agar semua pihak tidak terus menuding jari kepada kerajaan negeri sebaliknya melihat punca yang membawa kepada keputusan melaksanakan program catuan air yang kini memasuki fasa keempat."Jadi isunya, kalaupun kita boleh bersetuju untuk ditamatkan program 20 meterpadu air percuma ini ia tidak membantu untuk menamatkan musim kering."Jadi, tak usahlah manipulasikan dan saya mencadangkan kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin fokuslah kepada bidang sukan dan tak perlu campur sangat urusan-urusan soal air dan urusan selain dibawah bidang kuasa dia," katanya.Beberapa pemimpin termasuk Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dilaporkan mengkritik kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim kerana gagal mengatasi masalah itu walau diberi amaran oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebelum ini.SYABAS sebelum ini memaklumkan unjurannya mendapati bekalan air Selangor hanya mampu bertahan sehingga 2014 namun ditepis Khalid apabila berkata negeri itu mempunyai bekalan air yang mencukupi sehingga 2019.Shuhaimi tidak pula mengulas perkara tersebut sebaliknya mengajak pelbagai pihak mengkaji alternatif yang ada untuk memastikan permasalah itu dapat di atasi."Yang paling berkesan ialah semua kerajaan negeri yang ada di negara kita ini dan juga kerajaan persekutuan harus mengkaji bagaimana cara untuk menyimpan air dalam kadar yang lebih besar mungkin melalui empangan-empangan, kolam-kolam yang boleh diwujudkan sesama negeri-negeri berjiran supaya masalah air ini pada masa akan datang boleh kita tangani dengan baik dan kalau timbul keadaan seperti perubahan cuaca seperti yang kita alami sekarang," katanya.Semalam SYABAS memaklumkan program catuan air fasa keempat dijadualkan berakhir pada 30 April ini. Bagaimanapun segala keputusan bersabit isu itu akan diputuskan kerajaan negeri dan Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN).antarapos
Categories: Blog ADUN

Selepas 6 Tahun Dijuangkan Akhirnya Pasar Moden Taman Sri Muda Dilaksana

srimuda.blogspot.com - 21 April 2014 - 10:20am


SHAH ALAM 19 APRIL: Kerajaan Selangor meluluskan peruntukan berjumlah RM23 juta untuk pembinaan pasar moden baru di Taman Sri Muda.

Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang membawa isu ini sejak enam tahun lalu kepada Kerajaan Negeri untuk tindakan nyata lega dan gembira dengan perkembangan ini.

Katanya, apa yang penting satu surat hitam putih perlu dikeluarkan bagi memudahkan beliau memaklumkan kepada peniaga dan penduduk setempat.

“Terima kasih kepada Menteri Besar dan Exco kerana meluluskan satu pembinaan pasar baru moden untuk Taman Seri Muda.

“Ia mesti dilaksanakan dan dimulakan Jun ini.

“Kita mengharapkan 2016 siap sepenuhnya dan boleh digunakan oleh penduduk dan peniaga,” katanya kepada Selangor Kini.

Shuhaimi berkata, pasar ini dimulakan sejak tahun 2013 dan 48 unit kedai mengalami kebakaran baru-baru ini yang berpunca daripada litar pintas.

Pada awal tahun ini, Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Kim dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan mengadakan lawatan ke pasar berkenaan dan keputusan untuk membina pasar baru dimuktamatkan pada Februari.

Pasar sedia ada mempunyai 170 unit kedai dengan jumlah 150 orang peniaga.

EZY
Categories: Blog ADUN

Teras ke-3 KeadilanRaya :Sabah dan Sarawak sebagai rakan setara dalam pembentukan Malaysia.

srimuda.blogspot.com - 21 April 2014 - 10:15am


PETALING JAYA: Penyandang Timbalan Presiden PKR Azmin Ali melancarkan kempennya bagi mempertahankan jawatannya itu dengan melancarkan gagasan ‘Keadilan Raya’.

Azmin, yang berdepan cabaran empat penjuru dalam perebutan jawatan kedua tertinggi PKR itu, ketika melancarkan kempennya malam tadi berkata tema ‘Keadilan Raya’ diketengahkannya sebagai satu usaha untuk mengembalikan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Perkataan ‘Raya’ berasal dari perkataan Sanskrit yang membawa maksud, antaranya, besar, megah, hala tuju, merangkul kesemua (inklusif) dan ketegasan. Maka tidak menghairankan, para pejuang kemerdekaan nusantara seperti Ibrahim Yaacob, Burhanudin al Helmy, Gandhi, Okakura Tenshin, Rabindranath Tagore dan Soekarno berkobar-kobar tatkala membicarakan Gagasan Melayu Raya, Indonesia Raya dan Asia Raya.

“Ia bukan sahaja menjadi slogan akan tetapi suatu ideologi politik, untuk menyatu padukan seluruh rakyat yang bangkit menentang penjajahan.

“Makanya, Keadilan Raya juga adalah kesinambungan atas cita-cita tersebut. Memastikan setiap rakyat Malaysia, samada orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan menikmati kemakmuran negara yang kita cintai ini,” terang Azmin dalam ucapannya  di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam.

Beliau yang juga ahli parlimen Gombak turut menegaskan bahawa pembentukan puak dan pasukan akan menyebabkan PKR ‘hancur berantakan’.

“Bagi saya, seluruh anggota parti adalah pasukan saya di bawah naungan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kenapa kita perlu mencipta kuasa ketiga (dalam parti)? Apa yang kita perlukan hanyalah satu kuasa dan kuasa itu ialah keadilan,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, Azmin sekali lagi menegaskan bahawa PKR merupakan parti berbilang kaum yang melindungi kepentingan semua rakyat Malaysia.

“Sebagai Timbalan Presiden, saya telah menjelajah ke Ba’ Kelalan, Sarawak, ke Melalap di Tenom,  merentasi Banjaran Croker, Sabah.

“Saya bertentang mata dengan orang Iban di Rumah Panjang Nanga Budu, Saratok, orang Kadazan di Kampung Pilantong, Lanok, Beluran.

“Saya memasuki kampung, estet dan kampung  baru untuk menyelami hati nurani orang Melayu, India dan Cina.

“Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa Keadilan (PKR) bukan parti Melayu. Keadilan adalah parti seluruh anak Malaysia,” tegasnya.

Pelancaran kempen Azmin itu dihadiri lebih 400 ahli parti termasuk pemimpin-pemimpin parti dari ‘kem’ Azmin sendiri, Ahli Parlimen (MP) Ampang Zuraidah Kamaruddin, MP Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin, MP Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian, MP Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid, MP Kapar G Manivannan, ADUN Batu Caves Amiruddin Shari dan ADUN Sri Andalas Dr Xavier Jayakumar, Exco Selangor Dr Daroyah Alwi, ADUN Taman Medan Haniza Talha.

FMT
Categories: Blog ADUN

抨击雪州州务大臣推卸责任显示张盛闻对马来西亚司法制度的无知

wengsan.blogspot.com - 20 April 2014 - 8:45pm
雪州马青团长张盛闻抨击雪州州务大臣推卸责任,显示他对马来西亚的司法制度一无所知。 在马来西亚,伊斯兰事物隶属各州政府权限。各州宪法和联邦宪法也阐明,除了联邦直辖区、槟城、马六甲、沙巴和砂拉越之外,马来州属的统治者是各州伊斯兰教的领袖(Ketua Agama Islam),因此行政单位在伊斯兰教事物方面不能独揽大权。 另外,根据联邦宪法,联邦直辖区、槟城、马六甲、沙巴和砂拉越四州的伊斯兰领袖(Ketua Agama Islam)是最高元首。雪州是马来西亚联邦九个马来州属的其中一个,其伊斯兰教领袖固然就是雪州苏丹殿下本人。成立于雪州伊斯兰教宗教局(JAIS)和雪州伊斯兰教理事会(MAIS)。 既然了解这点,我们不难理解的就是,在许多涉及伊斯兰事物和宗教局的事物上,州务大臣和行政单位的权限不是绝对的。例如马来西亚半岛大部分马来州属的伊斯兰法管理法令(Enakmen Weng San Lauhttps://plus.google.com/110597857305874604035noreply@blogger.com0http://wengsan.blogspot.com/2014/04/blog-post_20.html
Categories: Blog ADUN

Intipati Ucapan YB Azmin Ali Pada Pelancaran Gagasan Keadilan Raya

xavierjayakumar.blogspot.com - 18 April 2014 - 3:01pm
Saranan dan penekanan yang dibuat oleh YB Azmin Ali, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat semasa ucapan pelancaran Gagasan Keadilan Raya:
1) KEADILAN perlu kuat dan mantap, perlu kepada ideologi yang jelas, mempunyai tapak yang luas lagi inklusif.

2) Kita bertanggungjawab untuk memperkukuh KEADILAN sebagai langkah untuk memperkasa muafakat politik dalam Pakatan Rakyat untuk menjana kemenangan dalam PRU 14.

3) Sebuah parti politik perlu mempunyai ideologi. Tanpa ideologi, parti akan terumbang ambing dalam arus masa dan akan karam dalam budaya politik Machiavelli

4) Apa yang saya maksudkan sebagai ideologi adalah satu gagasan menyeluruh, acomprehensive vision.

5) Pertama: Seluruh rakyat Malaysia dilindungi hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

6) Setiap warganegara adalah samarata dan tiada sesiapapun adalah warga kelas kedua.

7) Keadilan Raya mempertahankan kebebasan beragama, kebebasan berfikir dan kebebasan berkarya.

8) Kedua: Seluruh rakyat Malaysia berhak ke atas kesaksamaan peluang, fair equality of opportunity,berhak untuk menikmati peluang pendidikan serta peluang ekonomi walau apapun latar belakang mereka.

9) Konsep pembangunan yang dibawa oleh Keadilan Raya adalah memacu pertumbuhan ekonomi dengan menjamin prinsip pengagihan yang adil atau distributive justice.

10) Ketiga: Pembentukan Malaysia menjanjikan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi Persekutuan Malaysia yang setara berasaskan prinsip perlembagaan

11) Menjamin pengagihan kuasa dan ekonomi yang saksama, adil serta membebaskan rakyat dari penjajahan minda dan jiwa demi mengangkat harga diri rakyat Malaysia.

12) Melalui Keadilan Raya, KEADILAN dan Pakatan Rakyat komited untuk mengembalikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak sejajar dan dalam kerangka Perjanjian Persekutuan dan Perlembagaan.
Categories: Blog ADUN

Menziarahi Mendiang YB Karpal Singh di Pulau Pinang

xavierjayakumar.blogspot.com - 18 April 2014 - 1:57pm
YB Dr Xavier Jayakumar dan delegasi KEADILAN yang dipimpin YB Azmin Ali ke Pulau Pinang menziarahi mendiang YB Karpal Singh pada pagi ini. Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarganya.


Categories: Blog ADUN

Azmin Akan Kekal Jawatan Kerana Perpecahan Undi Pencabar, Kata Penganalisis

xavierjayakumar.blogspot.com - 18 April 2014 - 1:57pm
Penganalisis meramalkan penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali akan berjaya mempertahankan jawatannya walaupun mendapat tentangan sengit daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail kerana perpecahan undi daripada kelompok penentangnya.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dikatakan mempunyai kelebihan daripada segi sokongan dan kemahiran berpolitik.
“Azmin merupakan penyandang timbalan presiden, sudah tentu mempunyai kekuatan akar umbi yang kukuh," kata Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada The Malaysian Insider.

Shaharuddin berkata, beliau menjangkakan, Azmin akan beroleh kelebihan dalam pertandingan empat penjuru itu memandangkan beliau bersama PKR sejak 15 tahun lalu berbanding Khalid yang menyertai parti itu sekitar 2007.

Selain Azmin, Khalid dan Saifuddin, jawatan timbalan presiden PKR turut ditandingi oleh Datuk K Ramachandram dari PKR cabang Hulu Langat.

Shaharuddin yang mengajar di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM berkata, penyertaan Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR, hanyalah untuk meredakan ketegangan antara Azmin dan Khalid yang akan memberikan kesan jangka panjang kepada PKR.

Dr Oh Ei Sun daripada Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam, Singapura pula meramalkan Azmin akan mengekalkan jawatan yang disandangnya berdasarkan pengalaman dan cara berpolitiknya.

"Khalid kurang dikenali dan tidak mahir berpolitik berbanding Azmin.

"Saifuddin seorang pekerja parti tapi tidak semahir Azmin," kata.

Khalid dan Saifuddin dianggap berada dalam satu pasukan sama dalam kempen "Asal Bukan Azmin" yang digerakkan oleh sesetengah kumpulan dalam PKR.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomudin Bakar menyifatkan keputusan Saifuddin secara mengejut masuk bertanding menyebabkan anggota PKR terkeliru sama ada memilih Khalid atau Saifuddin.

"Bagi mereka (yang tidak menyokong Azmin) berkongsi satu matlamat untuk melawan Azmin selaku timbalan presiden tapi apabila Saifuddin masuk, perkiraan umum akan melihat ini akan pecah undi.

"Mana-mana undi Azmin akan kekal, manakala undi yang menolak Azmin akan pecah kepada dua iaitu Khalid dan Saifuddin," katanya.

Hisomudin juga tidak menolak keputusan Saifuddin untuk mencabar Azmin mendapat sokongan pemimpin berpengaruh dalam parti tersebut.

"Ia menimbulkan persoalan, mengapa Saifuddin masuk bertanding juga.

"Sudah tentu anggota parti yang tidak menyokong Azmin akan membaca Saifuddin ini tidak akan mengambil keputusan yang begitu besar tanpa ada arahan ataupun isyarat daripada Anwar," katanya.

Hisomudin berkata, pemilihan PKR kali ini bergantung kepada empat negeri yang mempunyai anggota teramai bermula di Selangor, Sabah, Pulau Pinang dan Perak.

Walaupun Azmin dilihat defensif pada ketika ini, pengaruh akar umbinya di dua kubu PKR iaitu Selangor dan Sabah menyebabkan beliau sukar digugat.

Daripada 500,001 ahli PKR yang layak membuat pilihan kali ini, hampir separuh daripada mereka berada di Selangor dan Sabah.

Selangor mempunyai 144,020 ahli manakala Sabah mempunyai 86,955 ahli PKR. Azmin merupakan pengerusi PKR Selangor dan bekas pengerusi PKR Sabah sebelum ini.

Namun, berdasarkan rekod pemilihan 2010, hanya 14% sahaja keluar membuang undi daripada jumlah ahli yang layak. Dari manakah jumlah 14% itu bergantung kepada kempen yang mereka buat.

PKR akan mengadakan pemilihan secara langsung untuk memilih pemimpin di semua peringkat, termasuk jawatan tertinggi parti. Pemilihan bermula pada 25 April dan berakhir pada 11 Mei.

Sumber: TheMalaysianInsider
Categories: Blog ADUN

Anwar: Ini Mungkin Pidato Terakhir Saya

xavierjayakumar.blogspot.com - 18 April 2014 - 1:57pm
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya bersedia untuk sebarang kemungkinan berhubung rayuan terhadap hukuman lima tahun kes penjara dalam kes liwat terhadapnya.

Berucap dalam ceramah Reformasi 2.0 di Seberang Jaya malam tadi, anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata:

“Ini mungkin pidato terakhir saya di sini.”

Beliau antaranya mengingatkan orang ramai terhadap “ketidakadilan” sekitar kesnya.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan di Putrajaya mendapati beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman lima tahun terhadapnya selepas rayuan terhadap pembebasannya yang dibuat  di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum itu.
 
Ketua Umum PKR itu kini mempunyai sepuluh hari untuk memfailkan rayuan terhadap hukuman itu.

Beliau kini harus menjadi peguam baru ekoran kematian peguam yang mewakilinya Karpal Singh dalam kemalangan tragik semalam.

Beliau juga mengingatkan penonton supaya terus berdoa kepada Allah sementara menunggu hukuman.

Anwar juga berharap penyokongnya akan mempertahankan kerusi anggota Parlimen yang disandangkan di situ jika beliau hilang kelayakan ekoran keputusan mahkamah tidak memihak padanya.


Sumber: MalaysiaKini
Categories: Blog ADUN
Syndicate content